Berita Harian

Shapawi jamin MSN bebas penyelewen­gan

- Oleh Fadhli Ishak

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail memberi jaminan badan induk itu bebas daripada sebarang penyelewen­gan susulan penemuan yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2017 Siri 2.

Katanya, MSN sudah memberi maklum balas terhadap semua isu yang diketengah­kan kepada Jabatan Audit Negara.

“Perkara yang diketengah­kan adalah disebabkan isu berterusan dengan sistem perakaunan serta lembaga pengurus (pengurus lembaga) yang tidak dilantik kerana tahun ini adalah tahun pilihanray­a,” kata Shapawi ketika dihubungi semalam

“Saya memberi jaminan kepada semua, bahawa tidak ada unsur penyelewen­gan. Sebaliknya, ia lebih kepada prosedur dan amalan perakauan. Apabila penemuan itu dikeluarka­n awal tahun ini, kami segera memperbetu­lkannya seperti diminta dan membentang­kannya kepada Jabatan Audit Negara,” katanya.

Shapawi berkata demikian bagi mengulas tiga perkara yang diketengah­kan dalam Laporan Audit Negara 2017 semalam iaitu berkaitan geran pembanguna­n berjumlah RM30.43 juta dipindahka­n kepada geran pengurusan tanpa kelulusan, penyata kewangan MSN yang memerlukan pelarasan RM8.63 juta tidak dapat dibuat kerana lembaga baru yang belum dilantik dan MSN menerima teguran untuk tahun ketiga berturut-turut.

Beliau bagaimanap­un, enggan mengulas mengenai baki bayaran belum dijelaskan berjumlah RM148.67 juta bagi penganjura­n temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana ia akan dijawab oleh Kementeria­n Belia dan Sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia