Berita Harian

‘Sedih lihat hujung kehidupann­ya begitu’

Bekas kapten PP harap ada pihak sudi bantu Salahuddin

- Oleh K Kandiah

Bekas kapten Pulau Pinang (PP), Kamal Kalid berkata, dia begitu sedih dan simpati dengan Salahuddin Che Ros yang kini hidup sebagai gelandanga­n dan tidur di kaki lima di Kuala Lumpur.

Katanya, dia pernah bertemu bekas pemain bola sepak kebangsaan itu kira-kira tiga tahun lalu dan memberitah­u mengenai masalah jantungnya selain sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) ketika itu.

Salahuddin turut memberitah­unya yang dia sering berulangal­ik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk melakukan ujian dan rawatan susulan.

Menurutnya, bekas rakan sepasukann­ya itu tidak pernah memberitah­u mengenai masalah kewangan namun satu ketika dulu Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dan Persatuan Bolasepak Pahang (PFA) pernah melakukan kutipan derma untuk pemain itu.

“Amat sedih untuk melihat penghujung kehidupann­ya sebegitu, tambahan pula buat seorang atlet yang pernah berkhidmat untuk negeri dan juga negara. YAKEB ada membantu tetapi sejauh mana bentuk bantuan itu saya tidak tahu,” katanya.

Salahuddin, bekas bintang negara pada 1990an dan kapten skuad Projek Barcelona 1992, tidak dapat melakukan kerja berat kerana masalah jantung.

Minta hubungi

Ketika muda, dia adalah pemain pertahanan Pulau Pinang. Dia kemudian bermain untuk Pahang yang menyaksika­nnya menjulang Piala Malaysia pada 1992.

Sementara itu, Presiden PFA yang baru dilantik Dr Amar Pritpal Abdullah meminta Salahuddin menghubung­i mereka supaya bantuan dapat disalurkan.

“Sudah menjadi tanggjungj­awab kami untuk membantu bekas pemain, apatah lagi pemain bertaraf bintang. Kami masih cuba untuk berjumpa Salahuddin. Saya merayu kepadanya untuk menelefon kami kerana kami sudah pasti akan cuba membantuny­a dari segi kewangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia