Berita Harian

Chong Wei berlatih 2 minggu lagi

-

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka kembali ke gelanggang memulakan latihan dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han & Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai.

Katanya, Chong Wei berjumpa jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan kelmarin dan mengesahka­n sudah bersedia untuk memulakan latihan.

“Bagaimanap­un, buat masa sekarang dia masih belum bersedia. Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi,” kata Chin Chai selepas majlis penyerahan bas tajaan Bank Rakyat, di sini, semalam.

Bas bernilai kira-kira RM250,000 itu disampaika­n oleh Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas kepada Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pada 22 September lalu, BAM mengesahka­n Chong Wei mengidap kanser hidung peringkat awal dan selepas menjalani rawatan di Taiwan, dia pulang ke tanah air 7 Oktober lalu sebelum menyambung proses pemulihan.

Latihan fizikal

Sementara itu, Norza berkata, beliau ada bercakap dengan Chong Wei untuk bertanyaka­n khabar, baru-baru ini.

“Dia memberitah­u semua berada dalam keadaan baik dan sekarang ini sedang melakukan latihan fizikal. Dia juga mengakui ada menjenguk pemain lain melakukan latihan.

“Itu saja perkembang­an mengenainy­a buat masa ini. Biar proses pemulihan diteruskan seperti dinasihatk­an doktor. Jika dilihat kepada kekuatan, saya yakin dia akan bersedia apabila bermulanya kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Norza berpuas hati dengan prestasi dipamerkan seorang lagi pemain perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia selepas mara ke final Korea Masters hujung minggu lalu.

“Seperti kita tahu kelayakan Olimpik bakal bermula 1 Mei tahun depan. Jadi kita mahu mempunyai dua atau tiga wakil bagi setiap bahagian. Zii Jia adalah salah seorang daripada perseorang­an lelaki di samping Chong Wei dan seorang lagi pemain,” katanya.

 ??  ?? Zulkiflee (empat dari kiri) menyerah replika kunci bas kepada Norza di Kuala Lumpur, semalam.
Zulkiflee (empat dari kiri) menyerah replika kunci bas kepada Norza di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia