Berita Harian

‘Mimpi ngeri menanti Malaysia’

-

Bangkok: Penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom berharap pemain skuad Harimau Malaya dapat tidur lena.

Ini kerana dia yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Rajamangal­a, di sini, malam ini.

“Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini pasti berbeza. Kerana kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri.

“Ini adalah gelanggang Gajah Perang dan saya harap mereka tidur lena malam ini (malam tadi) kerana esok (hari ini) bakal menjadi mimpi buruk buat mereka,” kata Chatchai dalam sidang media praperlawa­nan, semalam.

Harap sokongan padu

Pemain berusia 31 tahun itu jelas cukup geram dengan pemain Malaysia yang memperleke­hkan mereka selaku juara bertahan ketika seri 00 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Beraksi di depan lebih 80,000 penyokong Malaysia, skuad Gajah Perang itu tenggelam dengan asakan pasukan tuan rumah, namun bernasib baik kerana gawangnya tidak dibolosi.

Chatchai berharap penyokong Gajah Perang akan melakukan perkara sama dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada mereka malam esok.

“Saya tidak mahu menipu, sudah pasti kami juga merasai tekanan tapi kami akan berikan aksi terbaik. Kami mahu penyokong Thailand datang memberikan sokongan kepada kami,” kata penjaga gol Pathum United itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia