Berita Harian

Thailand tetap semangat jika aksi sampai penalti

-

Bangkok: Pengendali Thailand, Milovan Rajevac tidak kisah sama ada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2018, di sini, malam ini bakal berakhir selama 90 minit atau berlarutan ke penentuan sepakan penalti.

Katanya, mereka sudah bersedia berdepan apa saja situasi untuk menyingkir­kan juara 2010, Malay sia, sekali gus mara ke final bagi mempertaha­nkan kejuaraan.

“Setiap pemain sedar dengan tanggungja­wab masingmasi­ng, perlawanan ini penting untuk penyokong. Pemain sudah bersedia dan bersemanga­t untuk beraksi dalam perlawanan esok (malam ini).

“Kami yakin untuk meraih kemenangan dan kami bersedia untuk sebarang senario yang akan berlaku (penentuan sepakan penalti,” katanya dalam sidang akhbar praperlawa­nan di sini, semalam.

Perlu buru gol

Selepas aksi pertemuan pertama berakhir dengan 00, keduadua pasukan perlu memburu gol bagi mengelak perlawanan berlanjuta­n ke penentuan sepakan penalti.

Situasi Thailand, juara lima kali kejohanan lebih perit apabila tidak boleh seri dengan jaringan kerana bakal memberi kelebihan kepada Harimau Malaya menerusi gol di tempat lawan.

Rajevac dijangka mengarahka­n jentera serangan mereka yang dite rajui penjaring terbanyak dengan lapan gol, Adisak Kraisorn untuk menggempur kubu Malaysia habishabis­an.

“Kami sudah bersedia. Kali ini kami akan mempunyai sokongan padu penyokong jadi saya yakin kami boleh mendapat keputusan positif dalam perlawanan penting ini untuk ke final,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia