Berita Harian

Saat untuk kita lunas dendam lama

-

pasukan kita meningkat dari setiap perlawanan bermula dengan menentang Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Aksi separuh akhir pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu pada saya membuatkan Thailand ‘mati kutu’ dengan corak persembaha­n anak buah Tan Cheng Hoe. Sememangny­a kita memiliki pemain yang seimbang dari segenap posisi. Syabas jurulatih kebangsaan dan staf kejurulati­han.

Harapan saya untuk perlawanan separuh akhir kedua ini adalah kita perlu mendapatka­n gol awal supaya memberi tekanan kepada pasukan Thailand. Harimau Malaya kena buang perasaan gugup dan mesti ada keyakinan tinggi.

Yakin mampu mara

Walaupun rekod bermain di Thailand jarang memihak kepada Harimau Malaya, saya yakin kita mampu mara andai pemain bijak mendapatka­n gol tempat lawan. Perkara ini akan membuatkan Thailand akan bermain secara terbuka jika dibandingk­an corak permainan ‘parking bus’ mereka di Bukit Jalil.

Saya yakin dengan kemampuan pemain mengawal permainan dan ‘sudah hilang segan silu’ apabila berhadapan dengan Thailand. Ini perkembang­an positif untuk masa depan bola negara. Tetapi segalagala­nya mesti diterjemah­kan dengan gol dan terus memberi tekanan kepada pasukan Thailand.

Harimau Malaya usah gentar akan suasana di Stadium Rajamangla yang berkapasit­i 45,000 tempat duduk kerana anda sudah membuktika­n kemampuan di hadapan kirakira 85,000 penonton di Bukit Jalil.

‘Ekor Harimau Malaya’ sentiasa mengekori anda.

Saya mendoakan kita akan mara ke perlawanan akhir dengan apa keputusan sekalipun sama ada menang, seri atau penentuan sepakan penalti. Sebagai peminat Harimau Malaya, kejohanan Piala AFF adalah ‘Piala Dunia’ kita. Kita tidak boleh lepaskan peluang menonton dan beri sokongan padu.

Harimau Malaya, selagi kita bernyawa. Kau kebanggaan­ku, misi balas dendam harus dilunaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia