Berita Harian

Menteri Pendidikan perlu serius tangani sekolah daif

Pemuda GPS gesa Maszlee mohon kepada Menteri Kewangan beri peruntukan lebih besar

- Oleh Mohd Roji Kawi

Pergerakan Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) membidas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung kenyataann­ya mengenai isu sekolah daif di negeri ini.

Kenyataan itu dikeluarka­n bersama oleh empat Ketua Pemuda parti komponen GPS, Gerald Rentap Jabu mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), Micheal Tiang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Robert Ayu dari Parti Progresif Demokratik (PDP).

Mereka menuntut supaya Maszlee serius dengan kenyataann­ya untuk menangani isu sekolah daif, bukan mempolitik­kannya apabila cuba menyalahka­n kerajaan negeri Sarawak berikutan masih banyak sekolah daif di negeri ini.

Sambut baik

“Pemuda GPS menyambut baik kenyataan Menteri Pendidikan untuk menyelesai­kan isu sekolah daif di Sarawak, selepas beliau melawat dua sekolah di negeri ini dan menyatakan kesanggupa­n untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menangani isu itu.

“Namun sesuatu yang agak janggal apabila beliau meminta Sarawak supaya kurangkan politiking sedangkan kenyataan beliau sendiri jelas berbau politik apabila meletakkan kerajaan negeri Sarawak sebagai bertanggun­gjawab terhadap itu sekolah daif di negeri ini,” katanya.

Mereka kesal, kerana Maszlee seolaholah tidak sedar bahawa pendidikan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n bukannya kerajaan negeri, malah pemimpin Pakatan Harapan (PH) pernah menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini termasukla­h Tun Dr Mahathir Mohamad (19741978); Datuk Seri Anwar Ibrahim (19861991) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (20092013 dan 20132015).

“Kenyataan Maszlee yang menyebut bahawa negeri sekaya Sarawak mempunyai banyak lagi sekolah daif adalah tidak masuk akal dan ibarat ‘meludah ke langit’.

“Tindakan menuding jari kepada manamana pihak harus dihentikan kerana semua perlu bertanggun­gjawab dan bergerak ke hadapan ke arah menangani masalah rakyat, bukannya asyik hendak mencari salah orang lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kebanyakan sekolah daif di Sarawak sudah wujud lebih 30 hingga 40 tahun dan sudah tiba masanya untuk dinaiktara­f atau dibina baharu.

Justeru, Pemuda GPS menggesa supaya Maszlee memohon kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, supaya memberikan peruntukan lebih besar untuk menangani isu sekolah daif, bukannya hanya menyediaka­n RM100 juta untuk dikongsi seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia