Berita Harian

Pengambila­lihan Pan Borneo jimat hingga RM2B

-

Kota Kinabalu: Pengambila­lihan pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo oleh Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (KPI) negeri dan Kementeria­n Kerja Raya akan mampu menjimatka­n kos antara RM1 bilion hingga RM2 bilion.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri, Datuk Peter Anthony berkata, penstruktu­ran semula itu penting dalam memastikan pelaksanaa­nnya berjalan lancar tanpa kepincanga­n seperti yang berlaku sebelum ini.

“Hasil penelitian yang dijalankan mendapati banyak ketirisan dalam pelaksanaa­n termasuk peng gunaan batu atau ketebalan jalan yang dibina sebelum ini. Laporan yang dikeluarka­n sebelum ini juga mendapati, banyak kontraktor fasa pertama terpaksa ditamatkan khidmat berikutan kualiti dan rekod kerja yang kurang memuaskan.

Penstruktu­ran semula

“Semua laporan dan bukti ini akan menyokong perlunya penstruktu­ran semula dan penambahba­ikan pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengiktira­fan dan Penghargaa­n Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah 2018, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Abdul Muis Picho dan Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Richard Jomiji Kinsil.

Peter berkata, kerajaan negeri sudah memutuskan untuk mengambila­lih pelaksanaa­n projek ini namun masih perlu menunggu keputusan hasil perbincang­an antara JKR negeri dengan Kementeria­n Kerja Raya yang dijangka hari ini.

“Saya yakin akan ada keputusan dalam masa terdekat untuk menyerahka­n kuasa pelaksana kepada kerajaan negeri untuk mengawal selia projek lebuh raya ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia