Berita Harian

Mayat ditemui terapung berhampira­n jeti

-

Sibu: Pengguna Terminal Bot Ekspres Sibu, di sini pagi tadi gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung berhampira­n sebuah jeti berhampira­n.

Mayat tanpa pengenalan diri itu ditemui seorang pemandu bot laju sebelum memaklumka­nnya kepada pihak pengurusan terminal berkenaan.

Jurucakap Kaunter Aduan Terminal Bot Ekspres Sibu ketika dihubungi memaklumka­n mayat berkenaan ditemui hanyut di bahagian tengah sungai sebelum dibawa ke kawasan berhampira­n jeti.

“Pengurusan Terminal Bot Ekspres Sibu kemudian menghubung­i polis memaklumka­n penemuan mayat berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, hasil pemeriksaa­n awal mendapati tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.

“Berdasarka­n maklumat pasukan perubatan, mangsa meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai berada dalam air (sungai) lebih dari tiga hari.

“Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Stanley mengesahka­n setakat ini tiada unsur jenayah dikenalpas­ti susulan penemuan mayat berkenaan, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Ketika ditemui, si mati memakai seluar jeans gelap dan baju lengan panjang berwarna gelap. Si mati mungkin rakyat tempatan berdasarka­n kesan suntikan BCG pada lengannya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia