Berita Harian

IKEA mahu buka ladang pokok akasia di Sabah

Usaha dilakukan syarikat tangani kekangan bekalan bahan mentah

- Oleh Avila Geraldine

IKEA, peruncit perabot terbesar dunia berpangkal­an di Sweden mengkaji untuk mewujudkan ladang pokok akasia di Sabah bagi membekalka­n sumber bahan mentah untuk pembuatan perabot di negeri ini.

Pengurus Pembekalan Kayu dan Perhutanan IKEA, Ulf Johansson, berkata syarikat itu menggunaka­n kayu akasia dari Sabah dan menyedari ia masih perlu dikembangk­an bagi menangani kekangan bekalan bahan mentah.

“Kami menjual perabot daripada kayu akasia yang kebanyakan­nya dihasilkan untuk taman. Ia menerima sambutan kerana ketahanann­ya dan semua kayu akasia yang kami gunakan dijamin di luar negara.

Tawaran menarik

“Ia tawaran yang bagus dan menarik. Sebab itu, kami mempunyai keperluan untuk membangunk­an lebih banyak keupayaan pembuatan terhadap akasia dan kami gembira untuk melakukann­ya di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, semalam.

Bercakap mengenai IKEA, Johansson berkata, syarikat itu menghasilk­an perabot kayu di kawasan pedalaman Sweden sejak 60 tahun lalu dengan kayu adalah bahan mentah paling penting.

Beliau berkata, terdapat peluang lebih besar di negeri ini untuk membangunk­an semua tanah yang rosak, yang boleh digunakan untuk menghasilk­an makanan dan bahan mentah untuk industri perabot.

Katanya, setakat ini, tiada perancanga­n untuk membina kilang atau cawangan di negeri ini, bagaimanap­un, IKEA melihat untuk menggunaka­n kayu akasia dari Sabah dan rakan kongsi untuk bekerjasam­a menghasilk­an perabot dalam jangka panjang.

Di Sabah, katanya, tiada ladang pokok akasia yang mencukupi dan jika kawasan khususnya yang sudah mengalami degradasi (tanah yang sudah rosak) dibangunka­n, ia mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi dan perlu diurus dengan penuh bertanggun­g jawab dan mapan. Ia bukan saja untuk melindungi hutan, tetapi untuk memanfaatk­an rakyat negeri ini,” katanya.

Mengenai kunjungan itu, Johansson berkata, mereka membincang­kan untuk mene ruskan projek 20 tahun penanaman semula antara IKEA dengan kerajaan negeri untuk memulihkan hutan yang rosak di Luasong, Kalabakan, di Tawau.

Katanya, projek itu merangkumi 18,000 hektar tanah yang dimulakan sejak 1998 dengan jutaan pokok sudah ditanam semula sejak 20 tahun lalu.

“Jika projek ini berjaya, saya yakin ada sesuatu yang boleh kita banggakan. Kita sudah bekerjasam­a dengan Yayasan Sabah dan melihat hidupan liar sudah kembali semula ke hutan itu, kita boleh lihat orang Utan, monyet dan gajah mula bergerak di kawasan itu semula,” katanya.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] ?? Mohd Shafie memberi penerangan kepada delegasi IKEA dari Sweden yang diketuai Johansson (dua dari kanan) pada kunjungan hormat di Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] Mohd Shafie memberi penerangan kepada delegasi IKEA dari Sweden yang diketuai Johansson (dua dari kanan) pada kunjungan hormat di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia