Berita Harian

Bas hidrogen operasi tahun depan

-

Kuching: Sarawak bakal memulakan perkhidmat­an bas hidrogen di Bandaraya Kuching bermula tahun depan sebagai mendokong usaha pemulihara­an alam sekitar.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkhidmat­an itu disediakan secara percuma, khusus bagi kegunaan pelancong di bandar raya ini.

“Ia dijadualka­n bermula tahun depan dan mengguna kan sumber tenaga hidrogen. Ini dimaklumka­n kepada saya oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Abang Johari merasmikan Persidanga­n Pemulihara­an Warisan dan Kebudayaan Antarabang­sa 2018 (INHERIT) di sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Abdul Karim ketika mengulas lanjut, bagi tempoh percubaan itu, hanya sebuah sahaja bas hidrogen akan digunakan.

“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri bagi memperting­katkan lagi infrastruk­tur dan pelanconga­n di negeri ini seiring dengan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n utama.

Perintis sebuah bas di Kuching

“Namun, kita mulakan di Kuching dahulu sebagai perintis menggunaka­n sebuah bas ke rana bandar raya yang agak kecil saiznya. Jika kita terus menggunaka­n banyak bas tetapi tidak ada penumpang, maka tidak faedahnya juga,” katanya.

Ditanya sama ada orang ramai boleh menaiki bas pelancong berkenaan, beliau berkata, perkara itu masih belum dipastikan.

“Bagi pelancong, sama ada domestik atau antarabang­sa, mereka boleh menggunaka­n bas ini walaupun mereka berasal dari Sibu misalnya.

“Namun, jika kita buka ini kepada orang awam untuk pergi ke bandar, saya tidak pasti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia