Berita Harian

3 maut, 41 cedera letupan di CITYONE Megamall, Kuching

3 mati, 41 cedera insiden di restoran

- Oleh Hardi Effendi Yaakob dan Mohd Roji Kawi

Tiga lelaki maut dihempap runtuhan siling restoran, manakala 41 lagi cedera termasuk empat parah, dalam kejadian letupan di kompleks CITYONE Megamall, di sini, semalam.

Dua yang maut ialah pekerja restoran itu, sementara seorang lagi mangsa adalah pekerja pembinaan terbabit dalam kerja pengubahsu­aian premis berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman, berkata kejadian jam 3.35 petang itu berlaku ketika kerja pengubahsu­aian sedang dijalankan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat letupan gas.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.37 petang sebelum sepasukan lebih 30 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Dua lelaki yang maut adalah penduduk tempatan, manakala seorang lagi berasal dari Pulau Pinang.

Persiapan akhir

“Sebahagian mangsa adalah pengunjung kompleks itu yang kebetulan melalui restoran berkenaan,” katanya.

Khirudin berkata, difahamkan, restoran berkenaan sepatutnya dibuka secara rasmi, hari ini, justeru pekerja sedang sibuk membuat persiapan akhir, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, berkata siasatan awal mendapati kejadian berkenaan adalah satu kemalangan dan tiada unsur khianat.

Beliau berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n JBPM, letupan terjadi berikutan kebocoran di saluran gas.

“Pada masa sama, percikan api daripada kerja pengubahsu­aian yang sedang dijalankan, mencetuska­n letupan itu.

“Kes ini diklasifik­asikan sebagai kemalangan di tempat kerja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Ah Lek berkata, tiga mangsa yang maut di tempat kejadian adalah pekerja berusia antara 24 hingga 49 tahun, manakala mangsa yang cedera pula menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, pemilik restoran berkenaan mengaku kerja pengubahsu­aian sedang giat dijalankan kerana sepatutnya dibuka secara rasmi, hari ini.

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Ruang dalaman pusat beli-belah CITYONE Megamall di Kuching yang rosak susulan kejadian letupan, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA ] Ruang dalaman pusat beli-belah CITYONE Megamall di Kuching yang rosak susulan kejadian letupan, semalam.
 ??  ?? Antara mangsa letupan gas di CITYONE Megamall, Kuching, semalam.
Antara mangsa letupan gas di CITYONE Megamall, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia