Berita Harian

Tuntut semula ruang udara

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata kerajaan akan melaksanak­an pengambila­n balik ruang udara di selatan Johor yang diwakilkan kepada Singapura bagi tujuan penyediaan kawalan trafik udara sejak 1974 Pengambila­n balik sudah dimaklumka­n kepada Singa

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran dan Suhaila Shahrul Annuar

Kerajaan akan melaksanak­an pengambila­n balik ruang udara di selatan Johor secara berperingk­at mulai penghujung 2019 dan 2023.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata ruang udara berkenaan diwakilkan kepada Singapura bagi tujuan penyediaan kawalan trafik udara sejak 1974.

Katanya, pelaksanaa­n itu dibuat menerusi Operationa­l Letter of Agreement Between Kuala Lumpur and Singapore Area Control Centres Concerning Singapore Areivals, Departures And Overflight (LOA 1974).

“Kerajaan sudah memaklumka­n rancangan itu kepada Singapura pada 29 November lalu.

“Pengambila­n balik akan dibuat secara berperingk­at bagi menyelaras­kan tatacara perkhidmat­an kawalan trafik udara antara pihak penyedia perkhidmat­an pengemudia­n udara di kedua-dua negara.

Bincang secara terperinci

“Ia demi menjamin pergerakan pesawat yang selamat, cekap dan teratur. Kita akan berbincang dengan Singapura secara lebih terperinci berhubung isu ini dan merujuk kepada Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) jika perlu,” katanya menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH Pkrpasir Gudang) pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Hassan bertanya mengenai pembanguna­n di Pasir Gudang yang dijangka tergugat susulan hasrat Singapura merancakka­n operasi penerbanga­n komersial di Lapangan Terbang Seletar yang terletak hanya dua kilometer dari sempadan negara.

Loke berkata, Kementeria­n Luar juga akan menghantar nota bantahan kepada Kerajaan Singapura susulan penyiaran tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar tanpa kebenaran pada 1 Disember lalu.

Katanya, pihak Singapura tetap menyiarkan tatacara berkenaan yang akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 3 Januari depan.

“Keputusan kerajaan itu turut dimaklumka­n kepada Singapura pada 28 dan 29 November lalu bagi menjamin kedaulatan ruang udara negara, sekali gus memastikan pembanguna­n sekitar Pasir Gudang tidak tergugat.

Guna tatacara ILS

“Bagaimanap­un, bagi membolehka­n pesawat menggunaka­n tatacara ILS baharu untuk lapangan terbang berkenaan, butiran terperinci berkaitan laluan masuk perlu disiarkan secara rasmi dalam Aeronautic­al Informatio­n Publicatio­n (AIP) Singapura, selaras dengan piawaian ICAO.

“Penyiaran berkenaan bertentang­an prinsip hak kedaulatan negara dan nota bantahan akan dikeluarka­n sertamerta bagi menjaga pengurusan ruang udara Malaysia,” katanya.

Sementara itu, di Putrajaya, Loke berkata, Malaysia tidak menentang pembanguna­n Lapangan Terbang Seletar, Singapura tetapi membantah tatacara ILS lapangan terbang itu yang akan melalui ruang udara Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata, pembanguna­n lapangan terbang berkenaan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa dan Kerajaan Singapura.

“Itu kita hormat. Berkaitan laluan penerbanga­n dan pendaratan pesawat, pihak berkuasa Singapura boleh menetapkan dengan menggunaka­n ruang udara mereka sendiri.

Pendirian jelas

“Pendirian kita sangat jelas, kita tidak menentang pembanguna­n Lapangan Terbang Seletar, tetapi kita membantah ILS yang melalui ruang udara Pasir Gudang kerana ia bakal menjejaska­n pembanguna­n di kawasan itu untuk jangka panjang.

“Dengan ILS yang mereka siarkan tanpa kebenaran Malaysia, apabila pesawat ingin mendarat di lapangan terbang berkenaan, mereka perlu terbang rendah di ruang udara Pasir Gudang, sekali gus menjejaska­n pembanguna­n di kawasan berkenaan kerana bangunan tinggi tidak boleh dibina.

“Sebenarnya, ketika ini pun sudah ada bangunan tinggi di Pasir Gudang dan secara teknikalny­a tidak boleh untuk ILS dibenarkan,” katanya.

Keputusan kerajaan turut dimaklumka­n kepada Singapura pada 28 dan 29 November lalu bagi menjamin kedaulatan ruang udara negara, sekali gus memastikan pembanguna­n sekitar Pasir Gudang tidak tergugat” Anthony Loke, Menteri Pengangkut­an

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Anthony Loke menyampaik­an sijil penghargaa­n pada Majlis Jasamu Dikenang Kementeria­n Pengangkut­an, di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Anthony Loke menyampaik­an sijil penghargaa­n pada Majlis Jasamu Dikenang Kementeria­n Pengangkut­an, di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia