Berita Harian

WARAN TANGKAP JHO LOW, EMPAT INDIVIDU

Ahli perniagaan gagal hadir hadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Mahkamah Majistret, di sini, semalam mengeluark­an waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low.

Difahamkan waran tangkap itu dikeluarka­n oleh Penolong Kanan Pendaftar selepas Jho Low gagal hadir untuk menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Turut berdepan pertuduhan sama, empat individu lain, termasuk seorang peguam wanita.

Melalui carian e-filing di mahkamah, empat individu berkenaan dipercayai adalah peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, 45; bekas pengarah eksekutif, Casey Tang Keng Chee, 53; bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng, 47 dan Eric Tan Kim Loong, 40.

Lapan pertuduhan

Terdahulu, pihak media menunggu seawal jam 8.30 pagi selepas dimaklumka­n prosiding pendakwaan terhadap lima tertuduh itu akan dijalankan tanpa kehadiran (in absentia) di empat Mahkamah Sesyen berasingan, di sini.

Sebelum ini, pihak polis memfailkan lapan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Dipercayai kertas tuduhan berkenaan difailkan ‘in absentia’ (tanpa kehadiran tertuduh) di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada 24 Ogos lalu.

Mengikut kandungan dokumen yang diperoleh portal dalam talian,

Jho Low menghadapi lapan tuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Bapanya, Hock Peng pula menghadapi satu pertuduhan memindahka­n AS$56 juta (RM230 juta) kepada anaknya.

 ??  ??
 ??  ?? The Edge, Keratan akhbar BH 20 Ogos 2018.
The Edge, Keratan akhbar BH 20 Ogos 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia