Berita Harian

NAJIB, ARUL, APANDI BAKAL DIPANGGIL PAC

-

Kuala Lumpur: Beberapa maklumat baharu berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) diperoleh Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC), semalam.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata maklumat baharu itu diperoleh pada prosiding pindaan laporan audit 1MDB itu membabitka­n bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Sehubungan itu, katanya, PAC perlu memanggil semula Ambrin dalam waktu terdekat, bersama lima atau enam individu yang terbabit dalam proses pengaudita­n laporan 1MDB itu pada 2014.

“Ya, ada maklumat baharu diperoleh PAC daripada perspektif Ambrin sebagai Ketua Audit Negara yang menjalanka­n audit terhadap 1MDB.

“Susulan itu, banyak lagi pertanyaan perlu dikemukaka­n dan disebabkan itu, kita perlu memanggil semula Ambrin dan pasukan auditnya.

“Semua maklumat baharu itu berkisar mengenai sama ada berlaku atau tidak pindaan dalam laporan audit 1MDB itu. PAC tidak menyentuh mengenai siasatan 1MDB, hanya membabitka­n dakwaan pindaan laporan itu,” katanya selepas mempengeru­sikan prosiding membabitka­n pindaan laporan audit 1MDB membabitka­n Ambrin di Parlimen, semalam.

Tidak dedah dalang

Ditanya sama ada Ambrin ada mendedahka­n dalang yang mengarahka­n pindaan itu dilakukan, Kiandee berkata, ia tidak boleh didedahkan kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 85.

Kiandee juga enggan mengulas sama ada kenyataan diberi Ambrin pada prosiding semalam menjurus kepada berlakunya pindaan dalam laporan audit 1MDB.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahka­n, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengaudita­n 1MDB menerusi penggugura­n beberapa perenggan.

Antara penggugura­n maklumat itu termasuk membabitka­n kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Sementara itu, Kiandee berkata, bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad; bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy adalah antara individu bakal dipanggil PAC berhubung siasatan dakwaan pindaan laporan audit 1MDB itu.

Mungkin panggil Najib

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n PAC memanggil Najib yang sebelum ini didakwa mengarahka­n penggugura­n beberapa perenggan dalam laporan audit 1MDB itu.

“Mereka dijangka dipanggil tahun depan dan kita harap siasatan membabitka­n dakwaan pindaan laporan audit 1MDB dapat disiapkan sebelum sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Ada beberapa nama lagi dikenal pasti untuk dipanggil, selain Ambrin akan dipanggil semula bersama lima atau enam orang kumpulan audit yang mengaudit laporan 1MDB itu pada 2014,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] ?? Kiandee menjawab soalan media selepas mempengeru­sikan prosiding membabitka­n pindaan laporan audit 1MDB di Parlimen, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] Kiandee menjawab soalan media selepas mempengeru­sikan prosiding membabitka­n pindaan laporan audit 1MDB di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia