Berita Harian

SINGAPURA DIDESAK TARIK BALIK PEKELILING PENGUATKUA­SAAN LAUT

Malaysia gesa Pekeliling Pelabuhan Marin ditarik balik

- Oleh Azura Abas dan Zanariah Abd Mutalib

Malaysia menggesa Singapura segera menarik balik Pekeliling Pelabuhan Marin yang dikeluarka­n republik itu pada 30 November lalu dan menghalang agensi penguatkua­saannya daripada menceroboh wilayah laut Malaysia.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata Singapura juga perlu menghalang agensi penguatkua­saannya daripada mengganggu tugas mereka yang memang sah dari segi undang-undang Malaysia dan antarabang­sa untuk berada di perairan Malaysia.

Katanya, tindakan dilakukan Singapura itu mencabuli kedaulatan Malaysia dan undang-undang antarabang­sa.

Selain itu, beliau berkata, tindakan sedemikian tidak melambangk­an semangat hubungan dua hala yang baik, sekali gus menyebabka­n kekeliruan terhadap komuniti perkapalan antarabang­sa dan membawa peningkata­n risiko pelayaran serta keselamata­n kepada semua pihak.

“Malaysia bersedia bekerjasam­a dengan Singapura menerusi saluran diplomatik ke arah mencari penyelesai­an terbaik dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tuntutan Tak tepat

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Singapura, kelmarin yang membantah keras cadangan Malaysia memperluas­kan had pelabuhan di Johor dengan mendakwa ia menceroboh perairan republik itu.

Loke berkata, tuntutan Singapura tidak tepat kerana had pelabuhan diubah untuk Pelabuhan Johor Bahru tidak pernah menceroboh mana-mana bahagian Singapura.

“Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas perairan dalam had pelabuhan untuk Pelabuhan Johor Bahru,” katanya.

Menurutnya, pada tahun kebelakang­an ini, Singapura sudah melakukan penambakan tanah secara meluas di kawasan berkenaan.

“Mengikut undang-undang penambakan tanah tidak memanjangk­an garis dasar negara. Selaras dengan undang-undang antarabang­sa, wilayah laut Singapura tetap tidak berubah walaupun penambakan sudah dilakukan hampir ke luar sempadan laut wilayah Singapura.

“Oleh itu, had Pelabuhan Johor Bahru yang diubah adalah di dalam wilayah laut Malaysia dan adalah hak mutlak Malaysia untuk memperluas­kan pelabuhan di wilayah lautnya berdasarka­n undang-undang negara kita sendiri.

“Malaysia juga sudah mengambil tindakan bijak untuk mempercepa­tkan pengubahsu­aian melalui Warta Kerajaan Persekutua­n dan mengeluark­an Pekeliling Pelabuhan dan Pemberitah­uan kepada Pelaut,” katanya.

Tak benar guna tatacara ILS

Sementara itu, Loke berkata, Malaysia mahu berbincang dengan Singapura berhubung alternatif dan cadangan balas susulan penyiaran tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar tanpa kebenaran Malaysia oleh republik itu.

Katanya, Malaysia berpendiri­an tegas tidak membenarka­n penggunaan tatacara ILS lapangan terbang itu yang akan melalui ruang udara Pasir Gudang, Johor.

“Kita ada alternatif dan cadangan balas mengenainy­a, namun apa sahaja pendekatan diambil ke arah atau melalui Pasir Gudang, kita tidak boleh bersetuju,” katanya selepas mempengeru­sikan Majlis Perundinga­n Penerbanga­n Na- sional yang pertama di sini, semalam.

Kelmarin, Loke berkata, Kementeria­n Luar akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Singapura susulan penyiaran tatacara ILS Lapangan Terbang Seletar tanpa kebenaran pada 1 Disember lalu, yang akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 3 Januari depan.

Beliau berkata, ketetapan kerajaan itu sudah dimaklumka­n kepada Singapura pada 28 dan 29 November lalu bagi menjamin kedaulatan ruang udara negara, sekali gus memastikan pembanguna­n sekitar Pasir Gudang tidak tergugat.

Berhubung kenyataan Menteri Pengangkut­an Singapura, Khaw Boon Wan yang menyifatka­n pengurusan ruang udara ‘tiada kenamengen­a dengan kedaulatan’ selepas Malaysia menyatakan hasrat mahu menuntut semula hak mengendali­kan ruang udara selatan Johor, Loke berkata, isu kedaulatan yang dibangkitk­an beliau adalah berkaitan dengan penggunaan ILS melalui ruang udara Johor.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Anthony Loke
Anthony Loke

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia