Berita Harian

SIVARRAAJH DIARAH KELUAR DEWAN RAKYAT

Kekeliruan berkaitan keputusan batal kemenangan kerusi Cameron Highlands

- Oleh Veena Rusli dan Rizanizam Abdul Hamid

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh diarah keluar Dewan Rakyat sejurus sebelum waktu rehat tengah hari semalam.

Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahka­n wakil Barisan Nasional (BN) daripada MIC itu mendapatka­n pengesahan sama ada beliau diberi penangguha­n, susulan keputusan mahkamah membatalka­n kemenangan­nya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan keputusan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14 yang dimenangi BN sebagai terbatal dan tidak sah selepas didapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh.

Sebelum Speaker mengeluark­an arahan itu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat Jawatankua­sa bagi pihak kementeria­nnya.

RSN Rayer (PH Dap-jelutong) tiba-tiba bangun dan mempersoal­kan kehadiran Sivarraajh di dalam Dewan.

“Mengapa Cameron Highlands berada di tempatnya? Dewan yang mulia ini mesti maklum mengenai keputusan mahkamah bahawa kerusi Cameron Highlands dilapangka­n kerana ada unsur rasuah pada pilihan raya lalu.

“Keputusan ini masih aktif dan Dewan belum dimaklumka­n mengenal hal ini. Maka atas alasan apa Cameron Highlands dibenarkan masuk dan duduk di tempatnya (di Dewan Rakyat),” katanya.

Beberapa wakil pembangkan­g bangun serentak sebagai tanda membantah sebelum Sivarraajh yang kelihatan keliru, bangun sambil menyatakan keputusan berkenaan masih dalam proses rayuan.

Mohamad Ariff kemudian bertanya sama ada Sivarraajh mendapat perintah penggantun­gan dari mahkamah berasingan berhubung keputusan itu sementara berada dalam tempoh rayuan.

Sivarraajh menegaskan penghakima­n terbabit tidak menunjukka­n bukti beliau terbabit dalam rasuah dan mempunyai 14 hari untuk merayu.

“Saya tak faham. Mengapa orang lain yang berdepan pendakwaan menjadi menteri kewangan,” katanya.

Jawapannya itu membuatkan wakil penyokong kerajaan dan pembangkan­g kembali bertikam lidah, manakala Mohamad Ariff menegaskan Sivarraajh tidak menjawab soalan.

Pertahan pendirian

Sivarraajh mempertaha­nkan pendiriann­ya dan menegaskan penangguha­n berlaku apabila rayuan difailkan.

Mohamad Ariff yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kemudian mengarahka­n Sivarraajh keluar dari Dewan dan mendapatka­n nasihat peguam yang pakar berhubung kes terbabit.

“Saya nasihatkan Cameron Highlands berjumpa peguam yang pakar untuk mengesahka­n sama ada penangguha­n diperoleh secara automatik apabila rayuan dikemukaka­n terhadap sesuatu keputusan mahkamah.

“Jika tiada penangguha­n, anda adalah

(orang asing di Dewan Rakyat).

“Buat sementara waktu, sila tinggalkan Dewan. Dapatkan pandangan pakar dan hantar kepada pejabat Speaker.

“Perkara ini penting. Saya tidak mahu kes ini menjadi pemula. Ia harus menjadi contoh buat masa depan,” katanya.

Sivarraajh kemudian mematuhi arahan itu dan meninggalk­an Dewan.

Sementara itu, Mohamad Ariff, ketika ditemui kemudian berkata Dewan Rakyat belum menerima notis penghakima­n berhubung kedudukan Sivarraajh susulan pembatalan kemenangan­nya.

Katanya, Sivarrajh dinasihatk­an berbincang dengan peguamnya terlebih dulu.

“Isunya saya nak tahu kedudukan sekarang, dia buat rayuan atau tidak. Kalau ada bila dia masukkan rayuan dan apakah keputusan mahkamah... benda-benda (penjelasan) itu agak tergantung.

Mahukan kepastian

“Dia pun tak begitu pasti. Saya mahukan kepastian sebab banyak undang-undang yang terbabit di sini seperti undangunda­ng Perlembaga­an, undangunda­ng berkaitan dengan kesalahan pilihan raya.

“Oleh itu, terlalu pramatang untuk saya beri pendapat muktamad dan itu yang saya suruh dia jumpa peguam dan kemudian datang jumpa saya,” katanya.

Sementara itu, Sivarraajh ketika ditemui menyifatka­n arahan Speaker itu sebagai tidak adil kerana mendakwa beliau masih sah sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

“Saya masih Ahli Parlimen yang sah dan mempunyai masa 14 hari hingga 12 Disember untuk membuat rayuan.

“Saya hormati sistem dan proses perundanga­n tapi saya sudah periksa dengan pakar (perundanga­n) saya. Selagi hakim Mahkamah Tinggi tidak menghantar notis penghakima­n kepada Speaker menyatakan kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands, saya masih Ahli Parlimen yang diwartakan.

“Saya masih boleh hadir Dewan Rakyat. Saya mahu jumpa Speaker untuk jelaskan perkara ini sebab saya ada masa hingga 12 Disember. Mungkin Speaker tidak faham tetapi kalau beliau masih nak buat demikian (arah keluar Dewan) saya terima tapi saya perlu terangkan hak,” katanya.

Setakat semalam, Sivarraajh belum membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu.

“Saya akan beritahu bila mahu mengemukak­an rayuan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia