Berita Harian

AZIZ BARI DIPANGGIL SPRM ISU GULING MB PERAK

Agensi akui terima laporan daripada awam isu fitnah jatuhkan MB Perak

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Muhammad Apendy Issahak

EXCO kerajaan Perak, Dr Abdul Aziz Bari dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah untuk menjatuhka­n Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber berkata, Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan Perak diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM Perak untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan berkenaan.

“SPRM akui menerima laporan daripada awam mengenai isu bagi menjatuhka­n Menteri Besar Perak.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka dan SPRM memulakan siasatan dengan mengambil keterangan daripada Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjay­a SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi semalam, mengesahka­n perkara itu.

Pada sesi penggulung­an perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14, kelmarin, Ketua Pembangkan­g DUN Perak, Datuk Saarani Mohamad mendakwa Naib Pengerusi DAP Perak itu ada bertemu dengan lima ADUN UMNO bagi menarik empat lagi sokongan untuk menjatuhka­n Ahmad Faizal.

Saarani mendakwa, pertemuan itu dilakukan di beberapa lokasi di dalam dan luar negeri itu antara 2 November hingga 1 Disember lalu, selain turut mengakui mempunyai semua akuan bersumpah mengenainy­a.

Sementara itu, di Abdul Aziz mengesahka­n beliau memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM di sini, semalam.

“Saya mengesahka­n sudah berjumpa SPRM dan memberi keterangan selama dua jam mengenai isu fitnah menjatuhka­n Menteri Besar Perak.

“Kerjasama sepenuhnya diberikan kepada pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pengarah SPRM Perak, Datuk

Ipoh,

Zainul Darus ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya memanggil Abdul Aziz untuk membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

Dipanggil semula jika perlu

“Abdul Aziz sudah diambil keterangan hari ini (semalam) dan beliau akan dipanggil semula jika perlu,” katanya.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan Perak 2019 di sidang DUN Perak kelmarin, Saarani mendedahka­n Abdul Aziz adalah individu yang berjumpa ADUN UMNO berkenaan. EXCO Perak

Bagaimanap­un, Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau dalang dalam perkara itu dan menyifatka­n tuduhan Saarani sebagai cerita kartun.

Ahmad Faizal pula mengesahka­n pendedahan wujudnya cubaan menjatuhka­n kerajaan negeri dan dirinya itu akan dibawa dan dibincangk­an dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sepanjang sidang DUN yang bermula 27 November lalu dan berakhir semalam, tiada usul undi tidak percaya dibawa oleh manamana ADUN atau EXCO bagi menyingkir­kan Ahmad Faizal.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? NSTP Saarani menunjukka­n dokumen akuan bersumpah lima ADUN UMNO pada sidang media di Ipoh, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] NSTP Saarani menunjukka­n dokumen akuan bersumpah lima ADUN UMNO pada sidang media di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia