Berita Harian

Kesatuan sekerja perlu peka perubahan

Perluas peranan jadi penghubung pekerja, majikan: PM

- Oleh Khairul Azran Hussin

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kesatuan sekerja di negara ini perlu meluaskan peranan dengan tidak lagi sekadar menjadi penganjur piket serta demonstras­i semata-mata.

Perdana Menteri berkata, kesatuan sekerja perlu mengamalka­n kesederhan­aan, bekerjasam­a dan bertoleran­si dalam semua perkara, sekali gus menjadi penghubung yang baik antara pekerja dan majikan.

“Dalam dunia hari ini, kesatuan sekerja sudah tidak boleh cuma menjadi juara pekerja dengan memberi desakan kepada majikan.

“Peranan kesatuan sekerja hari ini lebih menjurus sebagai penghubung antara pekerja dan majikan. Selain itu, keperluan majikan terhadap pekerja juga turut berubah serta lebih kompleks.

“Pastinya peranan kesatuan sekerja melangkaui peranan tradisi. Kesatuan sekerja mesti memastikan ahlinya sentiasa berubah seiring dengan perkembang­an semasa,” katanya.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Beliau berucap ketika merasmikan Persidanga­n Kesatuan Pekerjapek­erja Pakaian Seragam Pos Malaysia Bhd (UPUS), di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Pos Malaysia Bhd, Datuk Mohammad Zainal Shaari; Ketua Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd, Syed Md Najib Syed Md Noor dan Pemangku Presiden UPUS, Ahmad Tarmizi Taib.

Fahami perubahan berlaku

Dr Mahathir berkata, perubahan teknologi, automasi, robotik dan sebagainya yang begitu cepat, jika tidak ditangani dengan segera akan mengakibat­kan pekerja ketinggala­n serta menjadi tidak relevan.

“Kesatuan sekerja harus berkeupaya­an memahami perubahan yang berlaku serta memainkan peranan untuk memastikan pekerja tidak tertinggal apabila teknologi dan perubahan mendadak berlaku.

“Dalam konteks Pos Malaysia, saya difahamkan UPUS ditubuhkan sejak 1959 menjadikan­nya sebagai kesatuan tertua di Malaysia.

“Dengan keahlian UPUS hampir 7,000 orang, tentunya ia sebuah kesatuan yang dominan serta memainkan peranan mencorak keharmonia­n dalam perhubunga­n dengan syarikat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cabaran masa kini memerlukan semua syarikat mempelbaga­ikan sektor perkhidmat­an bagi memastikan­nya kekal bersaing.

“Saya percaya mana-mana syarikat perlu terus berinovasi untuk terus kekal relevan. Perkara ini juga menuntut barisan kepemimpin­an dan pekerja berubah demi untuk kepentinga­n semua,” katanya.

Peranan kesatuan sekerja hari ini lebih menjurus sebagai penghubung antara pekerja dan majikan. Selain itu, keperluan majikan terhadap pekerja juga turut berubah serta lebih kompleks”

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bersama pekerja Pos Malaysia Berhad selepas merasmikan Persidanga­n Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad di Shah Alam, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bersama pekerja Pos Malaysia Berhad selepas merasmikan Persidanga­n Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia