Berita Harian

PM teliti punca 52 digugur daripada kursus khas PTD

Pastikan tindakan bukan disebabkan langkah penjimatan dilaksana kerajaan

- Oleh Khairul Azran Hussin

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan meneliti punca 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program itu.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan tindakan itu bukan disebabkan langkah penjimatan kos yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini.

“Kita akan teliti perkara ini, kita tidak mahu sesiapa jadi mangsa dalam usaha kita untuk mengurangk­an kos pentadbira­n negara,” katanya ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Bhd (UPUS) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Pos Malaysia Bhd, Datuk Mohammad Zainal Shaari; Ketua Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd, Syed Md Najib Syed Md Noor dan Pemangku Presiden UPUS, Ahmad Tarmizi Taib.

Tamat secara automatik

Beliau mengulas isu 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas PTD digugurkan daripada program itu.

NSTP sebelum ini melaporkan mereka yang ditamatkan termasuk empat pegawai kontrak yang secara automatik kehilangan pekerjaan manakala baki 48 pegawai diarahkan kembali ke jawatan lama mereka dengan segera.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Penamatan kontrak itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) menaikkan gred lulus daripada B kepada A- bagi program Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam (DPA).

Kursus diploma selama 10 bulan itu membabitka­n sejumlah 86 peserta.

31 wanita, 21 lelaki

Menurut sumber, mereka yang ditamatkan dari kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang ijazah doktor falsafah (PHD) dan 20 pemegang ijazah sarjana.

Sementara itu, Pengarah INTAN, Datuk Suriani Ahmad, yang mengesahka­n perkara itu berkata peserta berkenaan sudah ditamatkan dari kursus dan ia diputuskan oleh JPA.

Katanya peningkata­n gred lulus bagi kursus itu diputuskan secara bersama oleh INTAN dan JPA peserta dijangka mendapat markah lebih tinggi berdasarka­n pengalaman kerja tambahan.

Ia bagi memastikan tindakan itu bukan disebabkan langkah penjimatan kos yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini. Kita akan teliti perkara ini, kita tidak mahu sesiapa jadi mangsa dalam usaha kita untuk mengurangk­an kos pentadbira­n negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia