Berita Harian

Dr Wan Azizah sampaikan ucaptama di WMLF

-

London: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaik­an ucaptama pada Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018 hari ini sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke United Kingdom (UK).

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat memulakan lawatan ke UK hari ini, lawatan rasmi pertamanya ke negara ini selepas dilantik dalam barisan Kabinet Malaysia pada 21 Mei berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau menjadi pemimpin wanita pertama Malaysia berucap pada forum dwitahunan itu hari ini, yang mana kehadiran beliau dijangka memantapka­n lagi forum itu, pertama sebagai pemimpin nombor dua Malaysia dan peranan negara dalam memperkasa­kan wanita dalam semua sektor, sosial, ekonomi, pentadbira­n dan politik.

Kuasa Usaha Sementara Suruhanjay­a Tinggi Malaysia, Mohd Suhaimi Jaafar, berkata forum itu antara lain bertujuan mengumpulk­an pemimpin Islam dari pelbagai pelosok dunia untuk meneroka isu utama, menangani cabaran dan menyediaka­n penyelesai­an inovatif untuk menghapusk­an tanggapan berhubung keganasan dan Islam.

Platform sumbang idea

Memberikan taklimat kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan Timbalan Perdana Menteri ke sini, beliau berkata ucaptama Dr Wan Azizah pada

edisi keempat WMLF bertajuk, The Role of Women and Girls in Achieving the UN Sustainabl­e Developmen­t Goals by 2030.

Mohd Suhaimi berkata, ucaptama timbalan perdana menteri antara lain menekankan untuk memastikan kehidupan yang sihat, menamatkan kemiskinan, menutup jurang mengenai jantina dan kecacatan, mengiktira­f peranan wanita, mempromosi­kan hak wanita dan kanak-kanak perempuan serta mengoptimu­mkan sumbangan serta mengimbang­i tanggungja­wab mereka.

Forum dua hari itu akan diadakan di Lambeth Palace dan di House of Commons, Westminste­r, yang membawa tema Peranan Kepimpinan Islam Dalam Membina Semula Imej Global Islam, yang memberi tumpuan empat aspek kritikal iaitu mewujudkan naratif baharu mengenai Islam; mengukuhka­n kepimpinan Islam di semua peringkat landskap sosioekono­mi dan politik; pemerkasaa­n wanita dan peranan wanita dalam membentuk semula naratif Islam yang baharu.

Forum itu juga bertujuan mewujudkan platform bagi pemimpin Islam untuk menawarkan penyelesai­an kepada masalah semasa seperti pendidikan belia, keusahawan­an dan advokasi untuk pembanguna­n mapan.

Mohd Suhaimi berkata, Dr Wan Azizah juga dijadualka­n melawat Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), kira-kira dua jam perjalanan dari metropolit­an London dan mengambil bahagian dalam perbincang­an dengan para akademik.

Di Oxford, Timbalan Perdana Menteri akan melawat Worcester College, University of Oxford dan Sultan Nazrin Shah Centre, venue bertaraf dunia yang menyediaka­n kemudahan bagi persidanga­n dan acara di kolej itu.

Wakil khas Perdana Menteri

Mempunyai jadual yang padat, Dr Wan Azizah juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang menetap di UK pada majlis makan malam yang diadakan di Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di sini.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri dijadual bertemu Lord Ahmad of Wimbledon, yang juga Menteri Negara bagi Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Wakil Khas Perdana Menteri bagi Kebebasan Beragama atau Kepercayaa­n.

Dr Wan Azizah juga akan mengambil bahagian dalam sesi perbincang­an meja bulat dengan pelabur terkemuka dan syarikat British yang dianjurkan oleh Asia House.

Program lain yang dijadualka­n bagi Timbalan Perdana Menteri termasuk melawat East London Mosque dan bertemu ulama Islam tempatan.

“Lawatan ini dijangka mengukuhka­n lagi ikatan persahabat­an dan mencermink­an keazaman kita untuk bekerjasam­a dengan UK untuk meningkatk­an kerjasama dalam bidang baharu antara keduadua negara,” kata Mohd Suhaimi.

Lawatan rasmi Dr Wan Azizah itu turut disertai Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, serta pegawai dari Kementeria­n Luar, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia