Berita Harian

‘Bekas peguam negara mungkin kena didakwa’

Pertama kali dalam sejarah, bukti kerajaan serius

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

Bekas peguam negara didakwa di mahkamah, mungkin berlaku di bawah kepemimpin­an kerajaan sekarang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, membayangk­an kemungkina­n wujud ruang untuk perkara itu berlaku.

“Kami selalu terfikir bolehkah peguam negara didakwa? Apakah seorang bekas peguam negara juga akan didakwa? Saya tidak tahu berlaku atau tidak, tetapi ia tidak mustahil di bawah kerajaan sekarang.

“Mungkin untuk kali pertama dalam sejarah, bekas peguam negara didakwa oleh peguam negara sekarang.

“Walaupun tiada pindaan (Perlembaga­an Persekutua­n), kita telah mula langkah untuk menunjukka­n kita amat serius dalam isu ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH Pkr-sungai Petani), yang mencadangk­an satu jawatankua­sa ditubuhkan bagi memudahkan perbincang­an berhubung pemisahan fungsi Peguam Negara dan pendakwa raya.

Mohamed Hanipa berkata, beberapa perubahan besar sudah dilaksanak­an sejak pelantikan peguam negara baharu, termasuk pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya berani katakan ada perubahan besar sebab apabila kerajaan lantik Peguam Negara baharu, kita tak pernah terfikir yang kita boleh dakwa seorang bekas Perdana Menteri.

“Kita sudah tengok bagaimana beliau dibawa ke mahkamah dan bagaimana mastermind (dalang) dalam kes itu iaitu Jho Low (ahli perniagaan, Low Taek Jho) turut didakwa,” katanya.

Sistem perundanga­n lalui fasa perubahan

Mohamed Hanipa berkata, sistem perundanga­n negara tetap melalui fasa perubahan besar walaupun pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya belum dapat dilaksanak­an.

Katanya, pemisahan kuasa yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) itu memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi membolehka­n pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kita mahukan pemisahan itu berikutan wujudnya conflict of interest (pertembung­an kepentinga­n) tapi pada masa sama, kita ada kekangan iaitu tiada majoriti dua pertiga.

"Kalau nak pinda Perlembaga­an, berdasarka­n Perkara 159(3) Perlembaga­an Persekutua­n, ia memerlukan dua pertiga (majoriti di Dewan Rakyat).

“Buat masa ini kita tidak ada dua pertiga dan kita tak mahu ambil risiko apabila kita bentang, tak lulus.

“Isu ini memang sudah dibincangk­an, cuma belum ada keputusan dibuat oleh Kabinet. Ia mungkin berlaku tapi saya tidak tahu bila,” katanya.

Jawapan Mohamed Hanipa itu menarik perhatian dua wakil pembangkan­g iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN Umno-pontian) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-kubang Kerian), yang memberi jaminan akan menyokong pindaan terbabit apabila tiba masanya.

 ??  ?? Mohamed Hanipa Maidin
Mohamed Hanipa Maidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia