Berita Harian

‘Kemudahan BSBJ sempurna, selamat’

Kementeria­n sahkan stadium, prasarana sudah dapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Semua stadium dan prasarana fizikal di Bandar Sukan Bukit Jalil (BSBJ) sudah memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang bermaksud ia siap dengan sempurna dan selamat untuk digunakan.

Kementeria­n Belia dan Sukan dalam kenyataan semalam berkata, perkara itu terbukti dengan kejayaan venue BSBJ dalam menganjurk­an acara utama, termasuk bertaraf antarabang­sa seperti Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan

Menurut kenyataan itu, terbaru Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih lokasi perlawanan bola sepak membabitka­n pasukan negara di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

“Mengenai keperluan menutup sementara BSBJ yang turut merangkumi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Ketua Audit Negara bersetuju bahawa BSBJ berada dalam keadaan baik dan selamat untuk menganjurk­an sebarang acara dan aktiviti.

Tak perlu bimbang

“Orang ramai atau mana-mana pihak disaran tidak perlu bimbang berhubung perkara ini dan KBS akan bekerjasam­a bersama Jabatan Audit Negara bagi mengambil langkah pembetulan seperti disarankan,” katanya kenyataan itu.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kementeria­nnya bersedia melaksanak­an saranan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad supaya Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat isu punitif yang membabitka­n kementeria­n itu.

Beliau berkata, kementeria­nnya mengambil serius teguran dan cadangan audit.

Selain itu, kenyataan itu turut menegaskan aspek keselamata­n orang awam dan pelanggan yang menggunaka­n kemudahan BSBJ menjadi keutamaan.

“KBS tidak berkomprom­i terhadap pihak yang gagal mematuhi prosedur keselamata­n ditetapkan. Ini bagi memastikan orang awam dapat menggunaka­n kemudahan dalam keadaan selamat serta menjalanka­n aktiviti dengan baik,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia