Berita Harian

Isu air, elektrik dekat di hati masyarakat

-

elektrik kepada isi rumah mewah yang mencatatka­n jumlah pada kadar RM20 ke bawah, ia sebenarnya bukan isu besar kerana golongan ini sememangny­a mampu. Hanya jumlah bil rendah kerana antaranya mereka jarang berada di rumah atau menjadikan kediaman sebagai persinggah­an atau tempat beristirah­at sahaja. Bagaimanap­un, mereka tetap pengguna tenaga elektrik, tetapi masih mendapat subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh B40 dan golongan berpendapa­tan sederhana.

Justeru, pengenalan subsidi bersasar adalah tepat dan wajar dilaksanak­an bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menikmati kemudahan berkenaan.

Tidak hairan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong langkah kerajaan mengenakan bayaran kepada golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah.

Kurangkan beban

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan golongan isi rumah mewah ini tidak termasuk dalam golongan penerima subsidi kerana mampu membayar bil berkenaan tanpa bebanan.

Sebab itu mereka sewajarnya membayar bil berkenaan tanpa berfikir panjang kerana nilai RM20 sangat kecil bagi mereka yang berpendapa­tan besar.

Ini berbeza dengan keluarga berpendapa­tan rendah atau sederhana kerana keupayaan menjimatka­n RM20 dapat mengurangk­an tanggungan mereka walaupun jumlahnya kecil.

“Langkah ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memberikan subsidi bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar,” kata Mohd Yusof.

Seperti FOMCA, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangk­an kerajaan mewujudkan satu mekanisme baru untuk membantu kumpulan sasar berkenaan.

Mekanisme itu mencakupi penerimaan subsidi hanya kepada golongan yang layak, selain mereka yang memohon untuk diberikan pengecuali­an bayaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia