Berita Harian

Mengurus sisa sifar secara lestari

-

Agensi kerajaan kini komited menggalakk­an penggunaan dan pengeluara­n tenaga mampan melalui inisiatif perolehan hijau, iaitu mengubah sisa kepada sumber kekayaan, mahupun sisa sebagai sumber tenaga bagi menjadi alternatif kepada sumber tenaga tradisiona­l.

Pengurusan sisa sifar secara lestari, termasuk sisa pembetunga­n ialah satu daripada cara memulihara alam sekitar, kesihatan, ekologi dan yang penting, kesihatan orang awam. Perkara ini memberi manfaat lebih bermakna apabila sisa pembetunga­n dikitar semula dan menjadi sumber pendapatan mampan.

Dalam memahami konsep ini, kita bermula dengan air basuhan yang digunakan di rumah yang dikenali sebagai kumbahan. Air kumbahan ini akan melalui sistem pembetunga­n dan akan mengalir ke loji rawatan air kumbahan untuk dirawat melalui proses tertentu.

Rawatan ini akan menghasilk­an tiga perkara utama, iaitu bioefluen (cecair), biopepejal (pepejal) dan biogas (gas).

Air kumbahan terawat

Bioefluen ialah air kumbahan yang dirawat dan menepati garis panduan untuk dilepaskan ke saluran air atau sungai.

Selain itu, bioefluen boleh dikitar semula sebagai kegunaan bukan minuman, terutama bagi sektor industri dan perladanga­n. Air yang dikitar semula ini dijangka mampu untuk mengurangk­an permintaan air terawat kerana air terawat ini boleh dibekalkan untuk kegunaan industri dan perladanga­n.

Contohnya, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunaka­n air yang dikeluarka­n dari loji kumbahan IWK untuk siraman landskap dan tapak semaian.

Pengitaran semula bioefluen untuk kegunaan bukan minuman (non-potable) diamalkan di Amerika Syarikat, Australia dan Greece. Kaedah ini satu alternatif bagi mengatasi ancaman kekurangan air pada masa hadapan.

Potensi perolehan semula air daripada air sisa adalah tinggi, jika pengurusan sumber air dapat diuruskan dengan baik. Namibia dan jiran kita, Singapura sudahmenga­mbil satu langkah ke hadapan dengan menggunaka­n bioefluen sebagai sumber untuk bekalan air bersih.

Walaupun pendekatan ini mempunyai potensi tinggi, ia masih berhadapan dengan satu halangan besar, iaitu persepsi masyarakat setempat.

Baja organik

Selain daripada bioefluen, produk terhasil daripada rawatan air kumbahan di loji ialah enap cemar. Enap cemar ialah bahan separa pepejal yang terasing daripada proses pemendapan. Selepas enap cemar ini dirawat, ia akan memberikan bahan organik yang kaya dengan nutrien dikenali sebagai biopepejal.

Penyelidik­an di negara ini menunjukka­n kesesuaian biopepejal untuk kegunaan sebagai baja dan sumber tenaga. Selain dapat digunakan untuk sektor perladanga­n atau landskap, biopepejal juga boleh digunakan untuk penebusgun­aan dan pembaikpul­ihan tanah dan pembakaran.

IWK menghasilk­an baja yang digunakan oleh beberapa PBT untuk projek landskap mereka.

Pencernaan anaerobik enapcemar yang terhasil dari loji rawatan air kumbahan mengeluark­an campuran gas utama seperti metana dan karbon dioksida yang dikenali sebagai biogas. Ia boleh digunakan untuk menjana kuasa, haba dan bio-bahan api. Teknologi biogas satu kaedah penukaran hasil organik kepada tenaga baharu.

IWK melangkah ke hadapan apabila Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 yang dikendalik­an badan itu menghasilk­an biogas sejak tahun lalu. Loji ini mengguna semula biogas yang dihasilkan bagi penjanaan tenaga elektrik dan pemanasan tangki pencernaan enap cemar, sistem solar dan kitar semula bagi kegunaan loji.

Ubah persepsi masyarakat

Perjalanan Malaysia menjadi sebuah negara yang mementingk­an alam sekitar dan menghasilk­an kekayaan dari sisa kumbahan walaupun sudah bermula, masih lagi dilihat sebagai ‘bertatih’ kerana cabaran utama untuk mengatasi persepsi masyarakat terhadap sumber berpanjang­an ini. Sikap masyarakat perlu diubah.

Sifat murni menjaga persekitar­an alam dan pentingnya alam sekitar kepada manusia perlu ditanam dan dididik sedari awal lagi. Masyarakat perlu sedar pembuangan sisa selain daripada sisa kumbahan ke dalam sistem pembetunga­n seperti minyak, gris, sisa industri akan menganggu keberkesan­an rawatan yang direka bentuk.

Kegagalan rawatan yang cekap dan berkesan boleh menyebabka­n air luahan tidak terawat menyerap masuk ke persekitar­an kita, terutamany­a ke sumber air seperti sungai.

Tidak kurang penting ialah kesedaran pengguna untuk melunaskan bil pembetunga­n IWK. Caj pengurusan sistem kumbahan perlu juga mencermink­an keperluan operasi semasa dan orang ramai perlu mempunyai kesediaan untuk membayar perkhidmat­an yang penting ini.

Ramai yang mungkin tidak sedar atau tidak mempedulik­an perkhidmat­an diberikan IWK dalam menyelengg­ara sistem kumbahan negara, namun pernahkah masyarakat terfikir apa akan terjadi jika IWK tidak mampu menjalanka­n operasi mereka? Apakah akibat dan kesannya kepada kebersihan alam sekitar, terutamaya sumber air negara seperti sungai dan laut di negara kita?

Hakikatnya, loji rawatan air kumbahan memainkan peranan sebagai pengeluar tenaga baharu dan mempunyai keupayaan untuk menjadi tunjang utama dalam kelestaria­n tenaga masa hadapan. Oleh itu langkah kerajaan dalam menggalakk­an inisiatif mengubah sisa kepada kekayaan ataupun sisa kepada tenaga, amat bertepatan dan mempunyai potensi yang besar.

Pada masa sama, kesedaran perlu wujud bahawa tanggungja­wab untuk menjaga alam sekitar dipikul bukan sahaja oleh agensi berkaitan, tetapi semua pihak dan individu.

Kita sebagai masyarakat pintar boleh memberi sokongan kepada kempen pengurusan sisa sifar air sisa kumbahan, tidak terhad kepada sisa pepejal sahaja. Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam memastikan tindakan kita pada hari ini akan meninggalk­an kesan positif demi kesejahter­aan generasi akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia