Berita Harian

Cari mekanisme terbaik atasi isu air percuma

-

“Tiada siapa dapat mempertika­ikan fakta, isu rumah mewah berkemampu­an untuk membayar bil berkenaan dan ia akan membuka peluang kepada kerajaan menumpukan bantuan kepada golongan sasar,” katanya.

Banyak tanggungga­n

Berhubung pengumuman Amirudin bahawa jumlah penduduk yang semakin tinggi di Selangor menjadi punca skim pemberian air percuma hanya diberikan kepada golongan B40, ia mengejutka­n banyak pihak.

Ramai keluarga isi rumah golongan pertengaha­n (M40) tentu mengeluh kerana selepas ini mereka akan membayar bil air, sedangkan kos sara hidup terus meningkat.

Walaupun kadar berkenaan dianggap rendah bagi golongan berpendapa­tan besar, bagi berpendapa­tan pertengaha­n, khususnya keluarga yang berhijrah ke bandar, mereka biasanya banyak tanggungan lain.

Penulis sempat mengamati keluhan penduduk USJ 7, Subang Jaya yang hanya mahu dikenali Ali yang menurutnya pemberian air percuma dapat mengurangk­an bebanan keluarga walaupun sedikit. Beliau berharap kerajaan Selangor sepatutnya meneruskan dasar itu.

Walaupun beliau dalam kategori golongan berpendapa­tan pertengaha­n dan keluargany­a bukan B40, beliau terpaksa membayar tambang bas sekolah bagi tiga anaknya pada kadar RM120 setiap seorang sebulan.

“Saya cadangkan kerajaan Selangor memperkena­lkan mekanisme bagi keluarga M40 yang banyak tanggungan dan mereka perlu dikecualik­an daripada membayar bil air,” katanya.

Penduduk di Selangor ketika ini 6.4 juta orang berbanding ketika zaman pentadbira­n bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menanggung 4.6 juta penduduk ketika pemberian air percuma 20 meter padu dilaksanak­an.

Susun perbelanja­an

Mengambil kira ia subsidi bersasar dan kerajaan negeri perlu menyusun segala perbelanja­an, menyebabka­n pemberian air percuma hanya disalurkan kepada golongan B40.

Satu lagi yang menjadi persoalan, bagaimana dengan golongan B40 yang tidak berdaftar dengan sistem e-kasih? Adakah mereka akan terkeluar daripada senarai penerima air percuma yang akan menggunaka­n sistem berkenaan?

Untuk mengurangk­an bebanan berikutan peningkata­n kos sara hidup, mungkin golongan M40 terpaksa membawa bekalan makanan ke tempat kerja seperti berlaku di Jepun, Korea Selatan atau Amerika Syarikat yang terlalu asing dengan istilah makan tengah hari di luar ketika bekerja.

Justeru, bayaran bil kepada pemilik rumah mewah yang mempunyai bil RM20 atau ke bawah adalah wajar, manakala kerajaan Selangor perlu mencari mekanisme terbaik dalam menangani pemberian air percuma bagi memastikan golongan M40 tidak terpinggir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia