Berita Harian

Surat peringatan terakhir untuk Sipitang

-

Rakyat akan mengeluark­an surat ingatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa untuk hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang sebelum sidang berakhir, 11 Disember ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff, mengesahka­n anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, itu belum menjawab beberapa suratnya berhubung perkara itu.

“Saya tak tahu dia di mana. Saya dah tulis surat kepada dia, beri beberapa tarikh sesuai untuk dia tapi terpulang kepada Sipitang.

“Kita akan keluarkan satu lagi reminder (surat peringatan) terakhir sebelum habis bersidang atau mungkin surat itu sudah keluar (dihantar). Apa yang susah sangat untuk balik ke Malaysia ketika Parlimen bersidang untuk angkat sumpah?

Gagal hadir pada 16 Julai

“Dulu dia minta angkat sumpah melalui sidang video, mana ada peraturan sebegitu. Tak boleh, mesti hadir di Dewan,” katanya di bangunan Parlimen, semalam.

Pada 16 Julai lalu, Yamani Hafez gagal hadir di Dewan Rakyat untuk angkat sumpah.

Berdasarka­n Perkara 59 Perlembaga­an Persekutua­n, Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan mulai dari tarikh Dewan Rakyat mula bersidang, akan hilang kelayakan.

Ia bermakna Yamani Hafez, 39, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, mempunyai tempoh sehingga Januari ini untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Jika Yamani Hafez gagal mengangkat sumpah, beliau berkata, kekosongan kerusi Parlimen Sipitang akan dimaklumka­n kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk diadakan pilihan raya kecil (PRK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia