Berita Harian

IPTS wajib sertai MYQUEST, SETARA

-

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan diwajibkan menyertai sistem penarafan atau penarafan kebangsaan pada masa depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata kementeria­n kini dalam usaha mewajibkan IPTS menyertai Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MYQUEST) serta Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA), yang diperkenal­kan pada 2017.

Katanya, MYQUEST diwujudkan untuk semua kolej swasta, manakala SETARA bertujuan mengukur pencapaian universiti dan kolej universiti.

“Kita mahu mewajibkan semua IPTS dan universiti awam (UA) menyertai sama ada SETARA atau MYQUEST supaya kita boleh memberi rating (penarafan) yang lebih komprehens­if.

“Ia bagi memudahkan pelajar melakukan keputusan tepat dalam memilih IPT terbaik dan berkualiti untuk melanjutka­n pengajian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Ukur kecemerlan­gan IPTS

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (PH BERSATU-BAGAN Serai) mengenai kaedah kerajaan menentukan hala tuju strategik universiti lebih mudah dan cara mengukur kecemerlan­gan berbanding UA di negara ini.

Nie Ching berkata, sebanyak 206 kolej IPTS menyertai program MYQUEST, manakala 71 kolej universiti dan universiti menyertai SETARA, tahun lalu.

Terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh (BN UMNO-BESUT) dalam soalan asal bertanya mengenai kedudukan semasa penarafan global IPT negara dan ukuran digunakan bagi mengenal pasti prestasi pendidikan tinggi.

Nie Ching berkata, kedudukan global seperti dilaporkan oleh QS World University Rankings 2019 menunjukka­n kedudukan Universiti Malaya (UM) meningkat dari tangga ke-114 tahun ini kepada 87 pada 2019.

“Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada kedudukan ke-184 berbanding kedudukan 230, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-202 berbanding 229.

“Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tangga ke-207 berbanding 264, diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada kedudukan ke-228 berbanding 253,” katanya.

Ubah jika tak relevan

Sementara itu, beliau berkata, kementeria­n akan mengubah program dan aktiviti yang dilaksana di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 untuk mencapai sasaran ditetapkan, jika keadaan memerlukan.

“Dari segi pelaksanaa­n, PPPM 2015-2025 masih menjadi dasar utama kementeria­n, tetapi jika ada jurang dan perkara tidak relevan dengan sasaran asal, ia perlu diubah,” katanya.

Beliau berkata, pendidikan berkualiti perlu turut dirasai golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40), Orang Asli dan orang kelainan upaya (OKU) yang layak. Timbalan Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia