Berita Harian

Makan Malam Alumni Taylor’s cukup meriah

300 peserta hadir pada pertemuan bersejarah

-

Ikatan persahabat­an tidak pernah luntur sekali pun ada antara mereka tidak pernah bersua muka sejak puluhan tahun hingga pertemuan semula pada Majlis Makan Malam Alumni Taylor’s sempena Pelancaran Kempen Ulang Tahun Ke-50 Taylor's College dan Taylor's University baru-baru ini cukup meriah, seolah-olah kembali ke alam universiti.

Pertemuan bersejarah disertai 300 alumni universiti dan kolej terbabit terdiri pelbagai latar belakang dari 60 negara yang sudah lama membentuk kepelbagai­an identiti. Banyak cerita lama dikongsi di kalangan mereka yang hadir pada malam penuh bermakna itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Taylor’s, Datuk Loy Teik Ngan, berkata ia sebahagian sejarah buat Taylor’s College dan Taylor’s University sejak ditubuhkan pada 1969.

Lebih 100,000 pelajar

“Kini Taylor’s merekodkan lebih 100,000 pelajar dari seluruh dunia yang menuntut ilmu di kampus induknya di SS15, Subang Jaya,” katanya.

Bekas penuntut Taylor's College dari Jalan Pantai, Kuala Lumpur, Datuk Mahmud Abbas, yang kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum berkongsi kisah manis ketika bersama rakan-rakan berbual di koridor dan dikejutkan bunyi loceng.

“Ketika itu kami terus rancak bercerita tetapi hanya seorang yang boleh menghalang kami terus berbual iaitu Ted Miles, pengetua ketika itu kerana beliau akan menegur kami membazirka­n masa,” katanya yang menuntut pada 1976.

Dua anggota kohort Cambridge A Levels yang pertama, Ramesh Jairam dan Hanafi Shahabuddi­n juga menyimpan banyak kisah suka duka sepanjang menjalin persahabat­an di Taylor's College.

Ramesh, yang kini Pengarah Serantau dan Ketua Jualan & Hubungan Pelanggan di Silverlake Axis akui masih mengingati detik ketika mendaftar untuk program A Level Cambridge.

“Hanya ada empat kelas dan jumlah pelajar juga tidaklah ramai ketika itu. Hubungan persahabat­an kami memang erat,” katanya.

Bagi Hanafi, belajar di peringkat pra universiti adalah satu pengalaman menarik kerana dapat menghabisk­an banyak masa bersama sepanjang dua tahun mengikuti program A Level.

“Kami terlalu erat dan sempat bercuti antara satu sama lain,” katanya yang juga Pengarah Urusan DI Creative Sdn Bhd.

Taylor's College memiliki rekod cemerlang menempatka­n lebih 1,000 pelajar dalam senarai 200 universiti teratas dunia setiap tahun. Taylor's University pula berada kedudukan keempat dunia, berkenaan indikator kadar penganggur­an siswazah dalam QS Graduate Employabil­ity Rankings 2019 selain 135 di Asia dalam Kedudukan Universiti QS Asia 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://university­2.taylors.edu.my/50thannive­rsary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia