Berita Harian

‘Ustaz selebriti’ dinasihat miliki disiplin ilmu’

-

Melaka: Pendakwah bergelar ‘ustaz selebriti’ dinasihatk­an memiliki amanah dan disiplin ilmu dalam menyampaik­an ceramah melalui mana-mana platform bagi mengelakka­n penyebaran sebarang hadis palsu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata disiplin ilmu itu membabitka­n penguasaan bahasa Arab lebih baik, kefahaman maksud hadis atau ayat dan tafsiran tepat mengikut peredaran masa kini.

“Saya nasihatkan ustaz (selebriti) ini lebih berdisipli­n kerana bimbang segala penafsiran yang dibawa (disampaika­n) palsu selain boleh berlaku penipuan ilmu dalam berceramah.

“(Dari) segi penguatkua­saan, itu tanggungja­wab Majlis Agama Islam di negeri masing-masing untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya. Di peringkat Persekutua­n kita hanya boleh nasihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada program persidanga­n antarabang­sa, Forum Zakat Sedunia WZF) Ke-7, di sini, semalam.

Mujahid berkata, terma ustaz selebriti itu perlu dikaji sama ada perlu diiktiraf mengikut piawaian jika benar-benar menyampaik­an amanah ilmu.

Perlu letak taraf piawaian

“Kalau merapu, tidak boleh (digelar ustaz) selebriti. Ia perlu diletak pada satu taraf piawaian. Maksud selebriti dengan amanah ilmu, baru kita letak maksudnya (ustaz selebriti).

“Masyarakat juga perlu lebih bijak menilai kerana itu lebih baik, jangan hanya taksub mahu belajar tanpa mengetahui ustaz itu tanpa ada disiplin ilmu,” katanya.

Beliau turut mendedahka­n, satu perjumpaan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan ustaz selebriti di negara ini sepatutnya dianjurkan kira-kira dua minggu lalu, namun ia tidak dapat dilaksanak­an berikutan kekangan masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia