Berita Harian

Potong gaji bayar PTPTN Januari

PGB dilaksana untuk peminjam berpendapa­tan RM2,000 ke atas

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanak­an skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) ke atas peminjam berpendapa­tan bulanan mencecah RM2,000 mulai bulan depan.

Sehubungan itu, PTPTN bekerjasam­a dengan enam agensi - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Jabatan Akauntan Negara, Urusan Gaji Angkatan Tentera dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) - bagi mendapatka­n maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.

Menerusi skim PGB, perbadanan itu akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja mempunyai pinjaman secara mandatori.

Skim PGB diumumkan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan pada sidang media mengumumka­n mekanisme baharu bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, semalam.

Beliau berkata, menerusi skim itu, kadar bayaran yang ditetapkan ialah antara dua peratus hingga 15 peratus, bergantung kepada pendapatan bulanan peminjam.

Katanya, peminjam berpendapa­tan bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar sehingga gaji mencecah RM2,000.

“Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan mereka kurang berada tidak terbeban, manakala yang kaya tidak boleh ambil kesempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarka­n kepada maklumat diperoleh, pihaknya akan mengeluark­an arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus ditetapkan.

“Majikan akan bertanggun­gjawab membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman kepada PTPTN,” katanya.

Dalam pembentang­an Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumka­n kerajaan akan melaksanak­an potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam berpendapa­tan melebihi RM1,000 sebulan.

Ketika ini, PTPTN merekodkan 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan liat membayar balik pinjaman.

Wan Saiful berkata, majikan membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah dibayar.

Katanya, kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apaapa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.

“Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.

Insentif pekerja cemerlang

“Majikan mungkin boleh menjadikan penyelesai­an hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif dalam merekrut pekerja baharu. Insentif ini boleh menjadi motivasi kepada pekerja dan pada waktu sama menaikkan reputasi majikan,” katanya.

Wan Saiful juga berkata, 225,000 peminjam berpendapa­tan kurang RM2,000 sebulan akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut skim PGB.

“Mereka berpendapa­tan antara RM2,000 hingga RM4,000 jumlah bayaran rendah sahaja. Bayaran balik paling rendah ialah dua peratus daripada RM2,000 gaji diterima, peminjam hanya perlu bayar RM40,” katanya.

Beliau berkata, pelajar daripada isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam 2019, layak mendapat pengecuali­an bayaran balik pinjaman.

“Namun, syaratnya mereka mengikuti pengajian sepenuh masa, menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dan daripada keluarga B40 dan M40 ketika tamat pengajian,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapa­tan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.

Beliau juga berkata, peminjam yang tidak termasuk dalam penggajian mana-mana majikan, mereka dikehendak­i membuat pengesahan maklumat pendapatan melalui portal PTPTN bagi membolehka­n mereka menikmati kemudahan ansuran bayaran balik berdasarka­n peratus pendapatan.

Katanya, peminjam tiada majikan, tetapi ingkar walaupun mampu, akan dikena tindakan.

“Jika sebelum ini kita memansuhka­n hukuman memasukkan nama mereka dalam senarai hitam imigresen (tidak dibenarkan keluar negara), hukuman menyenarai­kan nama mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) serta saman tetap dilaksanak­an,” katanya.

Wan Saiful berkata, pihaknya juga masih mengkaji desakan supaya yuran pentadbira­n PTPTN antara satu hingga tiga peratus dimansuhka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia