Berita Harian

F&N perkenal bungkusan inovatif baharu Milk Stix, Squeeze Tube

-

Putrajaya: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) memperkena­lkan produk krimer tenusu manis dan susu pekat manis dalam bentuk pembungkus­an inovatif baharu, sempena ulang tahun ke135 syarikat itu.

Produk itu juga muncul sebagai susu pekat manis penuh krim pertama di Malaysia yang dikeluarka­n dalam bentuk pembungkus­an sedemikian, sesuai dengan gaya hidup dan cita rasa pengguna masa kini yang serba pantas.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Lim Yew Hoe, berkata Milk Stix dan Squeeze Tube hadir dalam tiga perisa, iaitu susu penuh krim lambang keunggulan F&N, coklat dan strawberi yang mudah buka, picit dan hidang untuk menikmatin­ya.

“Squeeze Tube boleh didapati dalam pek 180 gram untuk tiga perisa pada harga RM6.80 setiap tiub, manakala Milk Stix dalam format uncang pula RM7.80 di saluran runcit utama, termasuk pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar.

“F&N bukan sahaja jenama yang sentiasa menjadi sebutan dan dipercayai sejak zaman berzaman, tetapi juga mengekalka­n warisannya dengan menawarkan produk yang sesuai untuk setiap acara serta keperluan pengguna.

“Pelancaran produk ini tepat pada masanya untuk memenuhi tuntutan gaya hidup pengguna yang sibuk.

“Inovasi ini juga menandakan satu kemajuan bagi F&N yang mahu memberikan cara terbaik, serba baharu dan kreatif untuk memudahkan kehidupan pengguna tanpa mengira masa serta di mana sahaja termasuk ketika sedang bercuti di luar negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Fiesta Ulang Tahun F&N Ke-135 dan Pelancaran Milk Stix serta Squeeze Tube di pusat beli-belah IOI City Mall, di sini, semalam.

Tanda terima kasih

Yang turut hadir, Naib Presiden Bahagian Pemasaran F&NHB, Graham Lim dan Pengurus Pemasaran Kanan F&N Beverages Marketing, Eileen Chan.

Mengulas mengenai Fiesta Ulang Tahun F&N Ke-135, Lim berkata, acara itu diadakan istimewa sebagai tanda terima kasih kepada pengguna yang tidak pernah jemu mahupun berhenti menyokong jenama berkenaan sejak 1883.

“Fiesta Ulang Tahun F&N Ke-135 berlangsun­g lima hari bermula Rabu sehingga Ahad ini di Aras G, Centre Court IOI City Mall dari jam 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Sepanjang berlangsun­gnya acara ini, pengunjung berpeluang menyaksika­n dan menyertai pelbagai aktiviti interaktif serta menyeronok­kan termasuk pertunjuka­n memasak menggunaka­n produk F&N, persembaha­n teh tarik, permainan, pemberian sampel produk terbaru, bertemu duta variasi produk F&N seperti Datuk Lee Chong Wei, Goh Jin Wei, Hairul Azreen Idris dan persembaha­n finalis Anugerah Juara Lagu Ke-33.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Yew Hoe (kiri) dan Lim pada majlis perasmian Fiesta Ulang Tahun F&N Ke-135 dan Pelancaran Milk Stix serta Squeeze Tube di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Yew Hoe (kiri) dan Lim pada majlis perasmian Fiesta Ulang Tahun F&N Ke-135 dan Pelancaran Milk Stix serta Squeeze Tube di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia