Berita Harian

Lebih 50 sekolah sertai program KPP anjuran NIOSH

-

Kuala Lumpur: Semakin ramai guru dan pelajar menerima idea pendidikan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah bagi mempersiap­kan mereka untuk menyertai persekitar­an kerja bebas kemalangan pada masa depan

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sehingga kini, lebih 50 sekolah sudah mengambil bahagian pada program KPP yang diperkenal­kan NIOSH sejak 2002.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat selepas NIOSH bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan pada 2016.

“Program KKP di sekolah diperkenal­kan pada 2002, namun momentumny­a hanya dirasai selepas NIOSH bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan pada 2016.

“Kita menjangkak­an lebih ramai bakal menyertain­ya dengan sokongan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta,” katanya.

APOSHO 33

Beliau berkata demikian pada sesi teknikal Persidanga­n Tahunan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik Ke-33 (APOSHO 33) di Hong Kong, semalam.

APOSHO 33, dianjurkan oleh Institusi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (IOSHM), sebuah organisasi kesihatan dan keselamata­n profesiona­l terbesar di dunia dengan lebih 47,000 ahli di lebih 130 negara.

Pada persidanga­n itu, Lam Thye menyampaik­an kertas kerja bertajuk ‘KKP di sekolah - Pendekatan NIOSH Malaysia dalam memupuk budaya KKP pada peringkat awal di Malaysia.’

Beliau berkata, program KKP di sekolah selaras dengan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, yang bermatlama­t menjadikan sekolah selamat dan sihat untuk guru, pelajar dan pelawat seperti ibu bapa.

Terbit buku panduan

NIOSH turut menerbitka­n buku panduan

dan diedarkan ke beberapa sekolah hasil tajaan organisasi korporat, selain bakal menerbitka­n buku panduan yang lebih komprehens­if selepas menerima maklum balas daripada pelajar dan guru.

Sementara itu, Dayanand berkata, beliau kagum dengan usaha NIOSH yang berjaya menarik penyertaan guru pada program KKP di sekolah.

Katanya, usaha itu sesuatu yang sukar dilakukan di negara membangun lain kerana guru memberi tumpuan kepada tugas hakiki, iaitu mengajar berdasarka­n kurikulum ditetapkan.

APOSHO 35 bakal dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2020 dengan kerjasama NIOSH, Persatuan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) serta Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia