Berita Harian

‘Yakin pulih, boleh kahwin hujung bulan’

-

Kuala Lumpur: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yakin anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dapat melangsung­kan perkahwina­nnya pada hujung bulan ini berikutan perkembang­an positif tahap kesihatann­ya.

Zuraida berkata, beliau percaya Muhammad Adib akan kembali pulih selepas melalui rawatan yang dikendali doktor berpengala­man.

“Saya juga lihat keluarga Adib lebih ceria, nampak ibu bapanya berlainan dan gembira.

“Ketika Adib dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) minggu lalu, mukanya bengkak, saya ingatkan Adib bertubuh gempal. Hari ini, saya dapat lihat diri sebenar Adib, dia kurus orangnya.

“Dia tidak boleh bercakap kerana ada tiub dalam mulutnya, dia boleh bergerak, doktor pun nasihat jangan terlalu kaku,” katanya selepas melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut melawat anggota bomba itu di IJN.

Najib berkata, Muhammad Adib memberi isyarat tangan tanda ‘baik’ kepadanya.

“Hari ini (semalam) adalah hari yang baik kerana Muhammad Adib buat kali pertama menunjukka­n isyarat ‘baik’.

Doa segera sembuh

“Dia sedar, tak boleh cakap, tetapi boleh dengar,” katanya ketika ditemui di IJN, semalam.

Sementara itu, Rosmah mendoakan anggota bomba itu segera sembuh supaya dapat meneruskan majlis perkahwina­nnya pada 21 Disember ini tanpa sebarang halangan.

“Saya tengok dia tadi, sudah boleh angkat tangan. Sebagai seorang ibu, saya faham apa yang dilalui ibu dan tunang mangsa, memang rasa sedih. Jadi, mari kita sama-sama doakan Adib cepat pulih,” katanya.

Najib dan Rosmah tiba di IJN pada jam 11 pagi dan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi mangsa.

Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, minggu lalu.

 ??  ?? Zuraida melawat Muhammad Adib di IJN, Kuala Lumpur, semalam.
Zuraida melawat Muhammad Adib di IJN, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia