Berita Harian

Siswa tahun dua ‘bapa ayam’ 3 wanita ditahan

-

Kota Bharu: Seorang penuntut universiti swasta yang dipercayai menjadi ‘bapa ayam’ kepada tiga wanita, ditahan dalam serbuan di Lorong Minyak Gas di sini, kelmarin.

Pelajar tahun dua pengajian Sumber Manusia berusia 24 tahun itu ditahan di hadapan lif tingkat satu apartmen oleh anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, jam 7.30 malam.

Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superinten­dan Mat Zol Ismail, berkata susulan itu pihaknya menahan seorang wanita berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang sedang melayan seorang pelanggan lelaki di apartmen berkenaan.

Dalam serbuan ketiga di apartmen di Jalan Post Office Lama, polis menahan dua wanita berusia 27 dan 40 tahun, masing-masing berasal dari Sarawak dan Melaka.

Modus operandi kumpulan itu ialah menawarkan perkhidmat­an seks melalui aplikasi Wechat sebelum bertemu pelanggan di rumah tumpangan di sekitar bandar ini.

“Siasatan mendapati tiga wanita itu menjalanka­n kegiatan pelacuran secara persendiri­an. Mereka bergerak dari satu negeri ke negeri mengikut permintaan pelanggan dengan bayaran RM300 sekali perkhidmat­an.

Urus pelanggan

“Penuntut yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu bertindak sebagai bapa ayam yang menguruska­n pelanggan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar hasil penyamaran anggota polis sebagai pelanggan dan melanggan melalui aplikasi Wechat.

Polis merampas sebuah telefon pintar, kunci apartmen dan satu beg mengandung­i wang berjumlah RM1,900 daripada lelaki terbabit.

Selain itu, polis juga merampas kondom, minyak pelincir, tiga telefon bimbit serta wang tunai RM2,925 dipercayai wang hasil pelacuran daripada wanita terbaibt.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia