Berita Harian

Eksport Oktober catat nilai tertinggi RM96.38B

Prestasi dagangan Malaysia raih pertumbuha­n positif capai RM176.43B

- Oleh Bisnes NSTP

Eksport Malaysia pada Oktober 2018 melepasi RM90 bilion buat pertama kali apabila mencatatka­n nilai tertinggi RM96.38 bilion, meningkat 17.7 peratus daripada RM81.86 bilion pada bulan yang sama 2017, demikian menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

MITI dalam laporan Perangkaan Perdaganga­n Luar Malaysia yang dikeluarka­n semalam berkata import naik kepada RM80.05 bilion berbanding RM71.85 bilion bagi tempoh yang sama.

“Lebihan dagangan melonjak 63.1 peratus kepada RM16.32 bilion, merupakan lebihan dagangan tertinggi dicatat setakat ini. Lebihan ini adalah yang ke252 bulan berturuttu­rut sejak November 1997,” kata kenyataan itu.

Teruskan momentum positif

Prestasi perdaganga­n Malaysia meneruskan momentum pertumbuha­n positif pada Oktober 2018 apabila mencapai RM176.43 bilion, meningkat 14.8 peratus daripada bulan yang sama tahun lalu.

“Peningkata­n dalam jumlah perdaganga­n dapat dilihat dengan ASEAN, China, Taiwan, Hong Kong, Australia, Korea Selatan, Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), India dan Kesatuan Eropah,” menurut MITI.

Eksport pada Oktober 2018 disumbangk­an terutama barangan elektrik dan elektronik bernilai RM38.38 bilion, merangkumi 39.8 peratus daripada jumlah eksport, meningkat 23.3 peratus daripada jumlah pada Oktober 2017.

Barangan eksport utama lain ialah keluaran petroleum yang meningkat 31.2 peratus kepada RM8.13 bilion bagi tempoh yang sama, begitu juga kimia dan produk kimia yang melonjak 36.5 peratus kepada RM5.68 bilion; dan barangan perkilanga­n logam naik 29 peratus kepada RM4.38 bilion.

Bagaimanap­un, MITI berkata, eksport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit susut 17.3 peratus kepada RM4.12 bilion bagi tempoh yang sama.

Katanya, China kekal sebagai destinasi eksport utama Malaysia pada Oktober 2018, dengan jumlah perdaganga­n berkembang kepada RM29.71 bilion daripada RM11.37 bilion pada Oktober 2017, diikuti Singapura (RM13.37 bilion daripada RM11.30 bilion), AS (RM8.63 bilion daripada RM8.02 bilion), Hong Kong (RM7.32 bilion daripada RM5.15 bilion) dan Jepun (RM6.61 bilion daripada RM6.0 bilion).

Eksport ke AS pada Oktober 2018 meningkat 7.6 peratus kepada RM8.63 bilion, adalah nilai tertinggi sejak Oktober 2007.

“Sementara itu, perdaganga­n dengan ASEAN pada Oktober 2018 meningkat 13.8 peratus tahun ke tahun kepada RM48.82 bilion dan merangkumi 27.7 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia,” kata MITI.

Jumlah perdaganga­n berkembang 6.5 peratus

Ia berkata, bagi tempoh 10 bulan pertama 2018, jumlah perdaganga­n berkembang 6.5 peratus kepada RM1.558 trilion berbanding tempoh yang sama 2017 dengan eksport meningkat 7.5 peratus kepada RM829.89 bilion manakala import naik 5.4 peratus kepada RM727.88 bilion.

“Lebihan dagangan bagi tempoh ini meningkat 25.6 peratus kepada RM102.01 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, eksport, import dan jumlah perdaganga­n masingmasi­ng merekodkan pertumbuha­n dua digit sebanyak 16.2 peratus, 18.2 peratus dan 17.1 peratus peratus manakala lebihan dagangan meningkat sebanyak 7.2 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia