Berita Harian

FBM KLCI dijangka kekal paras 1,700 mata tahun depan

-

Penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI dijangka mampu kekal berada pada paras 1,700 mata pada tahun depan disokong oleh asas domestik yang kukuh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Beliau berkata, walaupun banyak pihak menjangkak­an pasaran saham tempatan akan berdepan persekitar­an lebih mencabar pada 2019, diyakini ia mampu diharungi berdasarka­n ramalan dan perangkaan dikeluarka­n oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi kerajaan lain yang menunjukka­n asas ekonomi negara berada pada tahap yang kukuh.

Katanya, cabarannya ialah sama ada faktor seperti ketegangan perdaganga­n di antara Amerika Syarikat (As)china, kenaikan kadar faedah dan mungkin kelemahan mata wang tempatan boleh memberi kesan kepada perniagaan di Malaysia.

“Namun saya sangat percaya, dengan dipacu oleh asas ekonomi yang kukuh, kita (ekonomi Malaysia) sedang dalam landasan yang tepat, walaupun berdepan sedikit cabaran.

Mampu capai penanda aras

“Pada tahun ini sahaja, bagi suku terakhir lalu, paras 1,700 mata telah dapat ditembusi beberapa kali dan ada berlaku naik turun. Dengan tahun 2018 bakal berakhir, orang ramai mula bercuti terutama di pasaran Eropah dan AS, secara kebiasaann­ya selepas Hari Kesyukuran, banyak syarikat sudah menutup buku akaun mereka dan saya berpendapa­t paras 1,700 mampu dicapai serta menjadi penanda aras pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perhubunga­n Pelabur 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis anugerah anjuran Persatuan Perhubunga­n Pelabur Malaysia (MIRA) itu menyaksika­n syarikat telekomuni­kasi, Digi.com Bhd memenangi dua anugerah utama iaitu bagi kategori Syarikat Terbaik Bagi Perhubunga­n Pelabur (Permodalan Besar) dan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Bagi Perhubunga­n Pelabur (Permodalan Besar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia