Berita Harian

Gencatan perang dagangan As-china beri kesan positif

Pemberhent­ian sementara 90 hari bantu lonjak pasaran saham, mata wang dunia

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Langkah Amerika Syarikat (AS) dan China menghentik­an perang perdaganga­n selama 90 hari adalah sesuatu yang positif dan meredakan kebimbanga­n terhadap kesan kepada ekonomi negara.

Pasaran saham dan mata wang dunia mencatatka­n kenaikan berikutan tindak balas positif terhadap keputusan yang dibuat oleh keduadua ekonomi terbesar dunia itu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata tempoh pemberhent­ian sementara 90 hari itu penting bagi memberi laluan perbincang­an lebih lanjut untuk keduadua negara mencari jalan penyelesai­an.

Justeru, beliau berkata, tempoh 90 hari itu akan dipantau oleh peserta pasaran bagi melihat sejauh mana ‘titik tengah’ akan dicapai terutama isu berkaitan harta intelek, perpindaha­n teknologi serta hal berkaitan keselamata­n seperti yang ditimbulka­n oleh AS sebelum ini.

Katanya, kajian yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa perang perdaganga­n antara AS dan China bakal memberi kesan negatif kepada ekonomi global.

Malaysia turut terkesan

“Malaysia sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang terbuka dari sudut perdaganga­n dan pasaran modal akan terkesan sekiranya konflik ini berterusan.

“Oleh itu, ‘gencatan perang perdaganga­n’ ini seharusnya memberi kelegaan kepada ekonomi Malaysia,” katanya bagi mengulas mengenai langkah terkini AS dan China itu dalam menyelesai­kan perang perdaganga­n antara keduadua negara.

Sementara itu, Felo Penyelidik Kanan, Institut Penyelidi kan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zulkiply Omar, berkata langkah AS dan China itu akan hanya mengelakka­n daripada meningkatk­an lagi pengenaan tarif.

Justeru, katanya, tarif sedia ada diteruskan.

“Kesannya akan menggalakk­an perdaganga­n dunia yang turut memberi kesan positif ke pada eksport negara,” katanya.

MIDF Research berkata, langkah AS dan China menghentik­an sementara perang perdaganga­n mungkin akan membantu menjana sokongan yang diperlukan untuk merangsang pasaran ekuiti dalam tempoh terdekat.

Firma penyelidik­an itu mengekalka­n unjuran akhir tahun 2018 bagi indeks penanda aras pasaran saham tempatan pada paras 1,800 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia