Berita Harian

Muazzam dilantik CEO BHB, Bank Islam

-

BIMB Holdings Bhd (BHB) mengumumka­n pelantikan Mohd Muazzam Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi BHB dan anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) berkuat kuasa sertamerta.

Sebagai seorang Akauntan Berkanun, Mohd Muazzam menyertai Bank Islam pada 11 Mei 2015 sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).

Beliau seterusnya dilantik sebagai Pemangku CEO berikutan peletakan jawatan Khairul Kamarudin pada 20 Julai 2018 yang lalu.

BHB dalam satu kenyataan, berkata Mohd Muazzam memili ki pengalaman selama 22 tahun dalam bidang audit, kewangan dan perundinga­n.

Main peranan utama dalam hala tuju strategik

Sejak menyertai Bank Islam, beliau memainkan peranan utama dalam hala tuju strategik Bank Islam, pengurusan modal dan lembaran imbangan, kewangan korporat, kredit, peletakan pasaran, perancanga­n dan kawalan kewangan serta pentadbira­n am.

Beliau adalah ahli dalam pelbagai jawatankua­sa eksekutif di Bank Islam dan mempengeru­sikan beberapa jawatankua­sa pemandu projek.

Mohd Muazzam juga adalah Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dalam Kumpulan BHB dan Bank Islam.

Beliau adalah Akauntan Bertauliah (Institut Akauntan Malaysia), Akauntan Awam Bertauliah (Institut Akauntan Awam Malaysia), Juruaudit Sistem Maklumat Bertauliah (ISACA) dan Akauntan Kewangan Awam Bertauliah (Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun).

Selain itu, Mohd Muazzam juga pernah menjadi Rakan Kongsi KPMG dan Pengarah Eksekutif bagi Konsultans­i Pengurusan KPMG dari tahun 1997 hingga 2015.

 ??  ?? Mohd Muazzam Mohamed
Mohd Muazzam Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia