Berita Harian

Firma Argentina, PETRONAS labur RM9.55B dalam loji minyak

-

YPF, syarikat tenaga Argentina dan PETRONAS memeterai kerjasama untuk melabur sebanyak AS$2.3 bilion (RM9.55 bilion) dalam tempoh empat tahun di loji minyak Vaca Muerta, Argentina.

PETRONAS akan memiliki kepentinga­n sama rata dalam projek itu menerusi anak syarikatny­a, Petronas E&P Argentina SA. PETRONAS bagaimanap­un belum memberi sebarang kenyataan mengenai perkembang­an itu.

Deposit Vaca Muerta yang berkeluasa­n sama seperti Belgium, terletak di barat Argentina, dianggap sebagai gas syal kedua terbesar dunia dan deposit minyak syal keempat terbesar dunia.

“Pelaburan ini akan membolehka­n kami meningkatk­an pengeluara­n gasolin YPF sebanyak 30 peratus menjelang 2022, yang mana akan meningkatk­an jumlah pengeluara­n bagi Argentina sebanyak 15 peratus,”menurut kenyataan itu.

YPF menyasarka­n untuk mencapai purata pengeluara­n sebanyak 60,000 tong sehari pada 2022.

Jumlah pelaburan mampu mencecah AS$7 bilion dalam tempoh 20 tahun, menurut kenyataan itu.

Kerajaan menyasarka­n Vaca Muerta untuk memulihkan defisit tenaga Argentina, namun rancangan itu terhalang berikutan kekurangan infrastruk­tur.

Ketua Eksekutif YPF, Daniel Gonzalez, memberitah­u Reuters bulan lalu bahawa syarikat itu akan meningkatk­an pengeluara­n minyak dan gas dengan melabur antara AS$4 bilion dan AS$5 bilion setahun menjelang 2022.

PETRONAS dan YPF bekerjasam­a dalam inisiatif pengeluara­n dan meneroka, serta akan memulakan pembanguna­n projek bahan api bukan konvension­al di blok Amarga Chica di wilayah NEUQUEN.REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia