Berita Harian

Pinjaman berniaga di BBCC

Malaysia Grand Bazaar platform terbaik generasi muda bina pertumbuha­n perniagaan

- Oleh Nurhayati Abllah

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan menyediaka­n kemudahan pinjaman kepada usahawan berminat untuk berniaga di Malaysia Grand Bazaar (MGB) iaitu sebahagian daripada komponen runcit di Bukit Bintang City Centre (BBCC), kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

“Kemudahan pinjaman bo- leh didapati menerusi agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan seperti SME Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Bank Rakyat. Ia termasuk tawaran bagi jaminan kredit atau geran.

“Dalam hal ini, masalah kewangan tidak sepatutnya menjadi isu kerana kerajaan sentiasa menyediaka­n platform dalam membantu usahawan untuk sentiasa ke hadapan,” katanya berucap pada taklimat pembanguna­n BBCC, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Bhd (UDA Holdings), Datuk Ahmad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif BBCC Developmen­t Sdn Bhd (BBCC Developmen­t), Low Thian Chin.

Mohd Redzuan berkata, BBCC adalah antara platform terbaik dalam kalangan usahawan tempatan terutama generasi muda untuk membina pertumbuha­n baik dalam perniagaan.

“Selain faktor lokasinya yang strategik, BBCC juga mempunyai jaringan perhubunga­n baik serta mampu menjadi hab kepada pengusaha tempatan, terutama Bumiputera untuk memperkemb­angkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, UDA Holdings kini meninjau lebih banyak penyewa berpotensi untuk menyertai MGB.

Menarik 40 penyewa

“MGB menawarkan 100,000 kaki persegi ruang niaga yang senang diubah suai. Setakat ini, komponen berkenaan berjaya menarik 40 penyewa dan dijangka dibuka sepenuhnya pada 2021. Setakat ini, terdapat hampir 300 penyewa yang berminat dan kami sedang mengenal pasti mereka yang berpotensi,” katanya.

Mengenai perkembang­an BBCC, Thian Chin berkata, BBCC Developmen­t menyasarka­n jualan sebanyak RM250 juta menerusi pembanguna­n bersepadu itu tahun depan.

Beliau berkata BBCC Developmen­t optimis untuk mencapai jualan berkenaan meskipun pasaran hartanah dijangka perlahan pada tahun depan.

“Sambutan bagi pembanguna­n fasa pertama apartmen servis di blok 1 merekodkan penjualan sebanyak 90 peratus, manakala blok 2 mencatatka­n 60 peratus, manakala pejabat strata sebanyak 60 peratus.

“Ini menunjukka­n pembanguna­n projek ikonik itu berjalan dengan lancar dan menerima sambutan menggalakk­an,” katanya.

Keseluruha­n pembinaan projek ikonik BBCC merangkumi kawasan seluas kira-kira tujuh hektar dengan keseluruha­n kawasan binaan 6.7 juta kaki persegi.

Ia membabitka­n anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDP) RM8.7 bilion.

Thian Chin berkata, fasa kedua bagi pembanguna­n itu yang antaranya merangkumi pembinaan apartmen servis, menara pejabat dan menara mercu tanda BBCC dijangka akan dilancarka­n pada akhir tahun depan.

“Pembanguna­n fasa kedua bagi projek itu dijangka siap menjelang 2025,” katanya.

 ?? [FOTO /MAHZIR MAT ISA/BH] ??
[FOTO /MAHZIR MAT ISA/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia