Berita Harian

AFFINBANK lancar kad kredit penuhi keperluan perniagaan

Syarikat sasar 10,000 langganan tahun depan disokong permintaan PKS dalampasar­an

- Oleh Nabil Basaruddin

Affin Bank Bhd (AFFIBANK) melancarka­n Kad Kredit AFFIN Visa Business Platinum yang dapat memenuhi keperluan komuniti perniagaan dan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata kad itu dilengkapi pelbagai manfaat yang sesuai kepada kumpulan perniagaan dan PKS seperti pulangan tunai tanpa had sebanyak 1.5 peratus apabila berurus niaga di luar negara.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n 10,000 langganan kad kredit berkenaan pada 2019 yang disokong oleh permintaan dan kehadiran PKS dalam pasaran semasa di negara ini.

“Kad ini mempunyai ciri yang pelbagai seperti pengurusan gaji untuk pekerja PKS, pengurusan kekayaan dengan pulangan tinggi dan penyelesai­an perolehan rakan niaga yang kompetitif.

Pertumbuha­n kumpulan

“Penting bagi kami untuk menembusi pasaran PKS ini kerana ia adalah segmen yang kukuh serta unik untuk pertumbuha­n kumpulan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kad kredit itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi AFFIN ISLAMIC, Mohd Sufian Haron; Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN ISLAMIC, Nazlee Khalifah dan Pengurus Negara Malaysia, Visa Internatio­nal, Ng Kong Boon.

Mengulas lanjut mengenai kad itu, Kamarul Ariffin berkata, AFFINBANK mengalualu­kan lebih ramai pelanggan dari sektor PKS dan perniagaan komersial menggunaka­n produk berkenaan memandangk­an Malaysia mempunyai kira-kira 920,000 PKS.

“Negara ini mempunyai PKS dalam pelbagai sektor yang kami lihat potensi yang besar untuk diteroka melalui pengenalan produk ini,” katanya.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan objektif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan komuniti tanpa tunai yang mana kad berkenaan membantu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada cek dalam transaksi perniagaan.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Kamarul Ariffin (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran kad kredit Affin di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Kamarul Ariffin (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran kad kredit Affin di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia