Berita Harian

Ambank BIZRACE sasar 1,500 penyertaan

-

Kumpulan Ambank menyasarka­n pertambaha­n seramai 500 penyertaan pada Siri II Cabaran Keusahawan­an Ambank BIZRACE tahun ini.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Ambank, Christophe­r Yap Huey Wen, berkata angka itu dapat dicapai berdasarka­n penyertaan yang diterima kini sudah melebih separuh daripada penyertaan musim lalu.

“Sejak cabaran bermula pada 10 November lalu sehingga kini, kita sudah menerima kira-kira 600 penyertaan bagi Ambank BIZRACE dan kami percaya ia mampu mencecah sehingga 1,500 penyertaan sehingga siri ini tamat pada 24 Disember ini berbanding 1, 000 siri lalu,” katanya pada majlis pelancaran program itu di Melaka.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan Portfolio Pembanguna­n Perbankan Perniagaan Ambank, Tay Ming Han.

Huey Wen berkata, pada siri ini juga Ambank BIZRACE turut meluaskan jelajahnya ke dua lokasi baharu iaitu Klang, Selangor dan Melaka dalam usaha membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembang­kan perniagaan.

Lima lokasi jelajah

“Untuk siri terdahulu hanya lima lokasi jelajah iaitu Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Lumpur dan Kuching namun siri ini terdapat dua penambahan.

“Melaka dipilih sebagai destinasi baharu kerana mempunyai kirakira 35,000 PKS selain menyum- bang empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),“katanya.

Cabaran Keusahawan­an AmBank BIZRACE membuka peluang kepada usahawan yang mempunyai perniagaan lebih satu tahun dengan pendapatan tahunan kurang RM100 juta dan mencari cara mengembang­kan perniagaan berpeluang menerima ganjaran RM2 juta.

Pemenang juga berpeluang mendapat pendedahan media untuk perniagaan, pengalaman program pembanguna­n eksekutif bernilai RM310,000, program pembanguna­n eksekutif yang berpangkal­an di United Kingdom (UK) bernilai RM265,000 dan lawatan lapangan pembelajar­an di China bernilai RM340,000.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Yap (tengah) pada sidang media selepas majlis pelancaran program Siri II Cabaran Keusahawan­an Ambank BIZRACE di Melaka.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Yap (tengah) pada sidang media selepas majlis pelancaran program Siri II Cabaran Keusahawan­an Ambank BIZRACE di Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia