Berita Harian

Jangan culas bayar hutang

Anggap PTPTN tanggungja­wab kerajaan punca peminjam tak mahu bayar

- Oleh Suzalina Halid

Sikap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menganggap bahawa pembiayaan pendidikan tinggi adalah tanggungja­wab kerajaan menjadi antara punca ramai dalam kalangan mereka tidak mahu membayar hutang berkenaan.

Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Russayani Ismail, berkata itu antara dapatan yang diperoleh daripada penelitian­nya, termasuk membabitka­n peminjam yang sudah mempunyai pekerjaan.

Sehubungan itu beliau berkata, PTPTN seharusnya mempunyai satu mekanisme atau sistem yang utuh untuk mendapat bayaran semula pinjaman yang diberikan kepada kira-kira 2.9 juta peminjam sejak 21 tahun lalu.

“Saya ada membuat sedikit penelitian di mana peminjam tidak mahu membayar kerana mereka berasakan itu tanggungja­wab kerajaan untuk menyediaka­n pendidikan.

“Sedangkan PTPTN ini sudah begitu baik dengan memberikan kebenaran kepada peminjam meskipun hanya mampu membayar serendah RM50 sebulan, justeru perbadanan itu perlu tegas untuk melaksanak­an sistem bagi kutipan bayaran,” katanya ketika menjayakan Wacana Pendidikan Tinggi 2018 yang mengupas mengenai isu pembiayaan PTPTN.

Bukan model perniagaan

Wacana itu dianjurkan oleh Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pendidikan Tinggi (Pendapat) dengan kerjasama UUM yang turut disertai Timbalan Ketua Eksekutif, Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid; Pengarah Pengasas Bait AlAmanah, Dr Abdul Razak Ahmad dan Ketua Sumber Manusia Bank Islam Malaysia Berhad, Razman Ismail.

Pada masa sama, Russayani yang juga ahli Pendapat, berkata kesinambun­gan antara PTPTN dengan agensi lain adalah penting dalam aspek pengurusan data bagi memudahkan kutipan bayaran balik dibuat secara sistematik.

“Jika tiada kesinambun­gan daripada agensi kutipan untuk mendapatka­n bayaran balik, kita perlu lihat amalan baik dilakukan di negara luar, seperti United Kingdom yang melakukan mekanisme konsep pinjaman kontinjen pendapatan (ICL).

“Mereka membuat kutipan secara sistematik di mana mereka seolah-olah mempunyai kuasa atau identiti untuk berurusan dengan mana-mana agensi seperti kita boleh buat potongan majikan untuk PTPTN,” katanya.

Beliau berkata, peminjam harus ingat bahawa PTPTN bukannya sebuah model perniagaan tetapi adalah mekanisme konvension­al untuk membantu pelajar yang kurang berkemampu­an untuk meneruskan pengajian dengan bantuan pinjaman kewangan.

“PTPTN meminjam daripada bank komersial pada kadar faedah tiga hingga lima peratus tetapi pinjaman yang diberikan kepada pelajar dikenakan faedah hanya satu peratus,” katanya.

Jadi pusat sehenti

Sementara itu, Dr Abdul Razak berkata, pihaknya percaya hanya dengan kaedah peruntukan undang-undang mampu ‘memaksa’ peminjam PTPTN ini membayar pinjaman berdasarka­n kontrak perjanjian yang dibuat antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, pihaknya turut mencadangk­an supaya PTPTN dijadikan pusat sehenti atau satu-satunya institusi yang menguruska­n semua pinjaman pengajian di negara ini.

Selain itu, katanya PTPTN tidak seharusnya dimiliki oleh kerajaan sebaliknya dihakkan sebagai sebuah syarikat milik negara kerana keadaan sekarang berupaya mengheret perbadanan itu ke dalam isu politik.

“Kita harus menggunaka­n undang-undang untuk mengutip bayaran semula PTPTN kerana kita tak boleh pujuk peminjam. Apabila kamu menandatan­gani kontrak dengan kerajaan, kamu harus menghormat­inya,” katanya.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID / BH] ?? Dari kiri, moderator, Prof Rosna Awang Hashim, panel jemputan, Dr Abdul Razak Ahmad, Mastura Mohd Khalid, Prof Dr Russayani Ismail dan Razman Ismail pada Program Wacana Pendidikan Tinggi Pendapat di UUM, Sintok.
[FOTO AMRAN HAMID / BH] Dari kiri, moderator, Prof Rosna Awang Hashim, panel jemputan, Dr Abdul Razak Ahmad, Mastura Mohd Khalid, Prof Dr Russayani Ismail dan Razman Ismail pada Program Wacana Pendidikan Tinggi Pendapat di UUM, Sintok.
 ??  ?? Dr Abdul Razak Ahmad
Dr Abdul Razak Ahmad
 ??  ?? Prof Russayani Ismail
Prof Russayani Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia