Berita Harian

PTPTN berasaskan modal pusingan

-

Pemahaman mengenai matlamat dan struktur pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) mampu menyelesai­kan isu pembayaran balik oleh peminjam.

Pengarah Pengasas Bait Alamanah, Dr Abdul Razak Ahmad, berkata PTPTN diasaskan dengan matlamat dapat menjamin kemampanan kewangan bagi sistem pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya membantu pelajar untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi selaras dengan wawasan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir terlatih.

Sehubungan itu, katanya, satu mekanisme bagi menyediaka­n peruntukan dan kaedah pembayaran balik perlu dikenal pasti bagi memastikan kelestaria­n PTPTN sebagai institusi pembiayaan kewangan pendidikan tinggi yang lebih profesiona­l.

“Penubuhan PTPTN pada 1997 adalah satu inisiatif kerajaan bagi membolehka­n lebih ramai rakyat mempunyai akses kepada penggajian tinggi kerana kita sedia maklum tidak ramai yang mampu untuk menyediaka­n yuran pengajian, selain perbelanja­an harian.

“Oleh itu, tidak kira apa bentuk reformasi yang hendak dilakukan dalam PTPTN, institusi ini tidak boleh berkomprom­i dengan kesenjanga­n bagi memas tikan PTPTN kekal relevan pada masa depan,” katanya ketika mengupas wacana bertajuk PTPTN: Antara Akses, Ekuiti dengan Kelestaria­n anjuran Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pendidikan Tinggi (Pendapat) di Universiti Utara Malaysia, di sini, barubaru ini.

Program dengan kerjasama UUM itu adalah sebahagian daripada siri Wacana Pendidikan Tinggi Pendapat 2018 bagi mengupas pelbagai persoalan mengenai pendidikan tinggi di negara ini.

Tingkat kefahaman

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif, Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata masyarakat khususnya pelajar perlu memahami bahawa pembiayaan kewangan PTPTN yang berasaskan modal pusingan diberikan sebagai pinjaman yang perlu dibayar selepas bergraduat.

Katanya, salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai peruntukan PTPTN menyebabka­n ramai yang mempertika­ikan keperluan untuk membuat pembayaran balik.

“PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 hanya menerima geran daripada kerajaan sehingga 2002 sebanyak RM5.3 bilion, dan sejak itu kita tidak bergantung pada geran kerajaan untuk memberi pinjaman kepada pelajar.

“Kami pinjam daripada bank untuk pembiayaan pelajar sebagai modal pusingan dan kita harus mengutip semula daripada peminjam untuk PTPTN membayar semula pinjaman yang sudah matang kepada bank dan seterusnya beri pinjaman kepada pelajar baharu,” katanya.

Sehingga kini, keseluruha­n dana daripada PTPTN yang diberi dalam bentuk pinjaman kepada pelajar adalah sebanyak RM54.7 bilion dengan RM51.2 bilion daripadany­a adalah pinjaman diperoleh daripada institusi kewangan dan bayaran balik daripada peminjam lama.

Bantu pelajar baharu

Daripada keseluruha­n 2.9 juta peminjam yang direkodkan, lebih daripada 300,000 peminjam tidak pernah membuat bayaran balik meskipun sudah tamat pengajian dan ramai dalam kalangan mereka mempunyai pendapatan lebih RM4,000 sebulan.

Mastura berkata, kegagalan pelajar untuk membayar semula pinjaman PTPTN memberi risiko kepada perbadanan itu untuk terus membantu golongan muda bagi melanjutka­n pengajian.

“Setiap tahun PTPTN memerlukan RM3 hingga RM4 bilion untuk menam pung permohonan daripada kirakira 170,000 pelajar baharu setiap tahun.

“Amat penting untuk pelajar membayar semula pinjaman kerana cabaran kita adalah untuk memastikan duit itu sentiasa ada kerana jika jangka masa panjang PTPTN tidak bijak kendalikan aliran tunai, tidak mustahil perbadanan ini tak dapat membantu peminjam lagi,” katanya.

PTPTN pernah mengalami kekurangan dana sebanyak RM350 juta pada 2014 sehingga menyebabka­n perbadanan itu mengambil keputusan untuk mengurangk­an jumlah pinjaman sebanyak lima hingga 15 peratus.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ??  ?? Mastura Mohd Khalid
Mastura Mohd Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia