Berita Harian

Pendapat sedia platform perbincang­an inklusif

-

Kegagalan peminjam untuk melunaskan bayaran akan mengundang pelbagai masalah kepada PTPTN untuk meneruskan pembiayaan pada masa depan kerana PTPTN adalah berasaskan modal pusingan iaitu pembayaran balik oleh peminjam akan dimanfaatk­an untuk membantu pelajar baharu melanjutka­n pengajian.

Pengerusi Pendapat, Prof Datuk Dr Norzaini Azman, berkata wacana itu antara sebahagian daripada aktiviti anjuran Pendapat bagi meningkatk­an komunikasi mengenai isu berkaitan pembiayaan pendidikan tinggi dengan memberi fokus kepada pembiayaan melalui pinjaman PTPTN.

Katanya, isu berkaitan PTPTN adalah isu panas yang selalu diperbinca­ngkan terutama berkaitan bayaran balik pinjaman dan kemapanan PTPTN untuk terus memberi pinjaman pendidikan kepada mereka yang memerlukan.

“Pendapat berharap wacana ini dapat mencari resolusi bagi mengenal pasti pelbagai isu berkaitan PTPTN termasuk mekanisme bayaran semula yang disentuh dalam Belanjawan 2019 iaitu pembayaran balik berdasarka­n kepada peratusan kepada pendapatan atau lebih dikenali sebagai ‘Income Contingent Loan’ atau ICL.

“Wacana ini menjadi platform kepada orang awam, terutama pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai pembiayaan PTPTN, peranan dan juga kaedah bagi penambahba­ikan sistem sedia ada,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan, di sini, barubaru ini.

Hasil dapatan dibentang

Yang turut hadir ialah Penasihat Pendapat, Prof Datuk Dr Morshidi Sirat; Setiausaha Pendapat, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UUM, Prof Dr Yusnidah Ibrahim.

Sesi perbincang­an wacara itu dipengerus­ikan oleh pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden UUM, Prof Dr Rosna Awang Hashim yang juga Timbalan Pengerusi Pendapat, manakala ahli panel terdiri daripada Timbalan Ketua Eksekutif, Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid; Pengarah Pengasas Bait Alamanah, Dr Abdul Razak Ahmad; pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan, Kolej Perniagaan, UUM, Prof Dr Russayani Ismail dan Ketua Sumber Manusia Bank Islam Malaysia Berhad, Razman Ismail.

Sementara itu, Dr Mohd Izani yang juga pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, program wacana itu menjadi platform bagi pelbagai pihak khususnya tokoh akademik untuk membincang­kan isu pendidikan tinggi secara kritikal, berdasarka­n kajian empirikal dan komprehens­if.

“Hasil perbincang­an yang diadakan, Pendapat akan menggunaka­n dapatan kajian ini untuk membantu kerajaan atau pihak tertentu mencari kaedah penyelesai­an terbaik bagi setiap isu yang dibincangk­an.

“Dari segi perancanga­n, kita akan meneruskan wacana ini di universiti lain dengan topik yang berbeza mengikut kepakaran ahli akademik di institusi terbabit,” katanya.

 ??  ?? Prof Morshidi Sirat
Prof Morshidi Sirat
 ??  ?? Prof Norzaini Azman
Prof Norzaini Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia