Berita Harian

Kursus bahasa Inggeris untuk tentera

-

Tentera (KBIKT).

Naib Canselor UNIMAP, Datuk prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata program kerjasama antara universiti dengan tentera yang diadakan kali kedua itu adalah sebagai sumbangan kecil terhadap jasa pasukan terbabit.

Beliau berkata, kelebihan guru bahasa Inggeris yang dimiliki UNIMAP, membuatkan universiti mahu membantu masyarakat dan pihak berkaitan dalam menguasai kemahiran itu.

“Program komuniti seperti ini adalah hasrat universiti untuk memperbany­akkan aktiviti yang dapat menolong dan memberi faedah kepada kumpulan sasaran.

“UNIMAP amat menghargai kerjasama dan komitmen tentera bagi men- jayakan program ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup KBIKT di Auditorium Perpustaka­an Tuanku Syed Faizuddin Putra, UNIMAP, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Komander Kem 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Huzaini Hussin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin dan Pengarah CIL, Dr Sharmini Abdullah.

Berkongsi kisah menarik

Prof Zul Azhar berkata, selain mengajar bahasa Inggeris kepada tentera, guru itu dapat mempelajar­i pengalaman dan kisah menarik dikongsi anggota keselamata­n terbabit.

“KBIKT ialah program pembelajar­an dua hala yang membolehka­n kedua- dua pihak berkongsi ilmu baharu.

Huzaini berkata, kesempatan itu adalah pengalaman berharga kepada tentera untuk belajar bersama pensyarah universiti.

Sebelum itu, katanya, anggota terbabit tidak pernah menyertai program atau kelas bersamasam­a orang awam kerana pasukan mempunyai Kor Pendidikan yang tenaga pengajarny­a terdiri daripada tentera.

Kemahiran dan kelas bahasa Inggeris dijalankan UNIMAP itu, katanya, boleh membantu tentera tempatan untuk lebih bersedia sebelum menjalani latihan bersama anggota negara luar, seperti Australia serta Amerika Syarikat, selain mengikuti operasi di sempadan Thailand dan Sabah.

Beliau berkata, pihaknya menghargai usaha UNIMAP memberi pendedahan ilmu itu kerana sememangny­a latihan bersama anggota tentera dari negara luar menuntut tentera tempatan boleh berkomunik­asi dalam bahasa tambahan, terutama bahasa Inggeris, selain bahasa Melayu.

Peserta, Leftenan Dzulfikar Dasuki dari Kem Sungai Ara, Pulau Pinang, berkata, sepanjang program itu, beliau sanggup menumpang di kem rakan lain yang terdekat bagi memastikan­nya dapat mengikuti kursus yang diadakan.

Beliau berkata, peluang diberikan UNIMAP adalah pengalaman baharu yang bernilai bagi mempelajar­i ilmu, malah dapat mengenali lebih dekat rakan dari pasukan lain.

 ??  ?? Dzulfikar Dasuki
Dzulfikar Dasuki
 ??  ?? Prof Zul Azhar (depan, tengah) bersama pegawai tentera, pengurusan universiti dan anggota tentera yang mengikuti program KBIKT di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Prof Zul Azhar (depan, tengah) bersama pegawai tentera, pengurusan universiti dan anggota tentera yang mengikuti program KBIKT di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ?? Prof Rezuwan (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta sambil disaksikan Sharmini (kanan) dan Leftenan Kolonel Huzaini.
Prof Rezuwan (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta sambil disaksikan Sharmini (kanan) dan Leftenan Kolonel Huzaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia