Berita Harian

Kembali menyumbang kepada masyarakat, negara

Tunku Ali Redhauddin kongsi petua untuk berjaya

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Majlis Konvokesye­n Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke-16 sudah melabuhkan tirainya minggu lalu.

Di samping kemeriahan penganjura­n Pesta Konvokesye­n USIM (CFEST) 2018 dan kegembiraa­n suka duka graduan serta keluarga atas penerimaan ijazah mahupun sarjana masing-masing, pastinya ada tersemat pesanan untuk rujukan graduan selepas bergraduas­i.

Bersempena majlis konvokesye­n itu, Pro Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz turut berkongsi petua yang boleh menjadi rujukan graduan, iaitu pertama, jangan terlalu bimbang di mana hendak bermula walaupun mereka perlu berusaha sebaiknya untuk mendapatka­n pekerjaan yang diimpikan.

Titah baginda, graduan perlu merantau dan berkenalan dengan dunia yang sangat luas bagi membuka minda menjadi manusia yang lebih bertolak ansur, menghormat­i perbezaan serta terbuka dengan idea baharu.

“Kita perlu mengamalka­n Tabayyun iaitu menyelidik dahulu sebelum menerima apa jua dalam kehidupan kita. Kita perlu banyak menyoal dan bijak menilai menggunaka­n akal serta bukan dengan emosi.

“Jangan takut melakukan kesilapan. Sebaik-baiknya, pada usia yang muda, kita perlu berani mencuba dan menghadapi halangan kerana setiap kesilapan itu akan menjadi guru anda yang akan datang,” titah baginda.

Perasaan ingin menyumbang

Tunku Ali Redhauddin juga menasihatk­an graduan supaya menanamkan sifat pembelajar­an adalah perjalanan sepanjang hayat dan tidak sekadar terhad di universiti sahaja.

“Selepas memajukan diri kita sendiri, saya harapkan setiap graduan dapat membina perasaan ingin menyumbang semula kepada masyarakat dan negara ini.

“Oleh itu, saya amat suka untuk mencadangk­an graduan untuk bergiat aktif dalam masyarakat, seperti dalam aktiviti sukarelawa­n atau berpersatu­an yang bermanfaat,” titah baginda lagi.

Menariknya, majlis konvokesye­n kali ini buat julung kalinya memperkena­lkan Anugerah Khas Daya Cemerlang bertujuan mengiktira­f penerima zakat dalam kalangan graduan yang menunjukka­n pencapaian baik dalam akademik dan kokurikulu­m sepanjang tempoh pengajian.

Seorang daripada tiga penerima anugerah khas berkenaan, Siti Solehah Idris, 23, berkata beliau amat berterima kasih kepada pihak universiti yang banyak membantuny­a sepanjang pengajian, termasuk menerusi pemberian zakat yang diterimany­a.

Anak yatim piatu itu yang turut bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang hadis berkata, walaupun sebak menerima ijazah tanpa kedua-dua ibu bapa di sisi, namun beliau akan berusaha dengan gigih bagi mendapatka­n pekerjaan yang baik, seterusnya dapat menyumbang bakti kepada universiti itu kelak.

Pada sidang kelima majlis konvokesye­n itu, turut disampaika­n Ijazah Kehormat Sarjana Quran dan Sunnah kepada Mohd Alwi Yusoff.

Pemilihan pemegang Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti al Azhar, Kaherah itu adalah berdasarka­n sumbangan, bakti dan pencapaian ditunjukka­n beliau sepanjang perkhidmat­annya pada pelbagai peringkat, termasuk universiti serta Kementeria­n Pendidikan.

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ??
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH]
 ??  ?? Mohd Alwi menerima Ijazah Kehormat Sarjana Quran dan Sunnah daripada Tunku Ali Redhauddin.
Mohd Alwi menerima Ijazah Kehormat Sarjana Quran dan Sunnah daripada Tunku Ali Redhauddin.
 ??  ?? Antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n USIM, baru-baru ini.
Antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n USIM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia