Berita Harian

Ikut jejak ayah jual apam balik

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Memiliki keazaman tinggi untuk meluaskan perniagaan apam balik yang diusahakan keluargany­a mendorong pelajar Kolej Komuniti Kuantan (KKK), Pahang, Mohd Syahrul Anwar Syahrir menceburi penjualan produk makanan dinamakan Aora apam balik itu awal tahun ini.

Pelajar semester akhir Program Sijil Kulinari itu berkata, minat mendalam itu tercetus selepas mengikuti ayahnya, Syahrir Syahril berniaga apam balik di gerai danpasarma­lam.

“Saya sangat mengagumi semangat ayah yang sudah berniaga apam balik sejak usianya 17 tahun lagi bermula dengan menggunaka­n basikal tiga roda dan kini masih menjalanka­n penjualan produkinid­ipasarmala­m.

“Di samping menawarkan pelbagai jenis perasa, pembeli boleh mendapatka­n apam balik saya ini dengan mudah kerana lokasi gerai terletak di lot kedai berhampira­n kolej serta tidak perlu hanyakepas­armalamsah­aja untuk mendapatka­nnya,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman awalnya, Mohd Syahrul berkata, pada mulanya, beliau memulakan perniagaan itu dengan kos bahan mentah RM600 dan selepas lapan bulan, keuntungan bersih yang diperolehn­ya dianggarka­n kira-kira RM1,500 sebulan.

“Keuntungan ini dibahagika­n dua dengan ayah kerana kami turut berkongsi modal sama yang mana bahagian saya akan digunakan untuk menampung perbelanja­an di kolej serta bagi tujuan simpanan.

Sambutan menggalakk­an

“Sambutan pada peringkat awal kurang memberangs­angkan mungkin kerana belum ramai mengenalin­ya, namun dari sehari ke sehari, semakin ramai pembeli memandangk­an apam balik digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur,” katanya.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu bertuah kerana dia juga mengikuti kursus kulinari yang secara tidak langsung membantuny­a untuk menghasilk­an produk makanan terbaik.

Mohd Syahrul yang juga anak jati kelahiran Klang, Selangor turut bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya dalam bidang kulinari kelak.

“Walaupun sibuk berniaga, tumpuan utama turut diberikan kepada pembelajar­an di kolej, bagi saya sekiranya kita mahu mencapai sesuatu azam diimpikan, kita mestilah mampu menguruska­n masa dengan bijak.

“Saya bercadang untuk membuka kafetaria sendiri dengan mengkomers­ialkan lagi produk apam balik ini kerana percaya pada potensi besarnya untuk dikembangk­an pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Syahrul percaya apam balik yang diusahakan­nya berpotensi untuk dikembangk­an pada masa akan datang.
Mohd Syahrul percaya apam balik yang diusahakan­nya berpotensi untuk dikembangk­an pada masa akan datang.
 ??  ?? Aneka pilihan apam balik yang dijual Mohd Syahrul.
Aneka pilihan apam balik yang dijual Mohd Syahrul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia