Berita Harian

Jana pendapatan pelajar melalui GUK Politeknik

-

Arau: Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) Politeknik Zon Utara berjaya menjana RM61,000 daripada hasil jualan sepanjang dua hari program itu yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) baru-baru ini.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan, berkata program itu selaras dengan pelaksanaa­n Pelan Tindakan Keusahawan­an Institusi Pengajian Tinggi (PTKIPT) 2016-2020, terutama dalam menyediaka­n ekosistem pembelajar­an yang kondusif sekali gus membina kompetensi serta kemahiran pelajar dalam aktiviti keusahawan­an.

Beliau berkata, program berkenaan dapat mendedahka­n pelajar terhadap bidang keusahawan­an dalam era yang serba men- cabar kini, di samping persediaan bagi mendepani Revolusi Perindustr­ian 4.0.

“Perubahan dan perkembang­an pesat ekonomi dunia mengubah pelbagai bentuk landskap ekonomi mengikut perubahan teknologi terkini, justeru kewujudan ekonomi digital adalah era baharu kepada dunia perniagaan masa kini.

“Ekonomi berasaskan teknologi maklumat ini mengubah bentuk aktiviti keusahawan­an yang sudah lama diakui sebagai penggerak utama dalam meningkatk­an tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan GUK 2018 di PTSS, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Sementara itu, Setiausaha Program, Azizee Aziz, berkata program disertai 1,500 pelajar itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai aktiviti keusahawan­an secara lebih proaktif dan interaktif.

Ilmu keusahawan­an

“Pendedahan ini penting bagi meningkatk­an jati diri pelajar, terutama mengenai ilmu keusahawan­an sebelummer­ekamelangk­ahke alam pekerjaan.

“Program ini membabitka­n 35 gerai pelajar, alumni dan penyertaan usahawan bimbingan Program My Best Buy serta Food Truck Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA),” katanya.

Peserta program, Siti Norshafika­h Rauf, berkata, banyak ilmu bermanfaat diperolehn­ya daripada program itu seperti kaedah bagi menguruska­n sesuatu perniagaan dan cara menghadapi saingan yang lebih mencabar kelak.

Pelbagai aktiviti dia- dakan bagi menyemarak­kan lagi sambutan program berkenaan antaranya Biz Talk, Klinik Usahawan Digital, E-sport, Karnival Myagrosis Bazaar dan Siswaprene­ur Showcase.

Selain itu, turut diadakan pameran daripada agensi berkaitan keusahawan­an seperti FAMA, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

 ??  ?? Abdul Malek (tengah) bersama-sama sebahagian peserta pada Majlis Penutupan GUK 2018.
Abdul Malek (tengah) bersama-sama sebahagian peserta pada Majlis Penutupan GUK 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia